Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk
mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan
Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai
(selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan
aurat yang wajib ditutup.
Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk
menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung,
tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya
tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh
Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ
لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ
كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ
كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ
وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ
مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang
aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul
manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang
cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya.
Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak
akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga
dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu
‘anhu-).[1]
Dalam hadis di atas, Nabi mendedahkan dua golongan dari
umatnya yang perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan
muncul pada zaman selepas baginda, iaitu;
a) Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras
orang-orang bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana
mereka diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul
hamba bawahannya.
b) Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi
bertelanjang (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) di mana mereka
cenderung kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang
lain kepada maksiat.
Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang
dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama
bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk
menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan
sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari
keadaan mereka yang disifatkan Nabi dalam ungkapan sebelumnya “…berpakaian
tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan
orang lain kepada maksiat…”.
Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala
mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala
mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain
(Syarah Soheh Muslim).
Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam
hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat
pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.
Wanita-wanita Islam wajib menjaga penampilan diri mereka
agar jangan menimbulkan ghairah dan nafsu lelaki ajnabi walaupun dengan
perbuatan yang hukum asalnya adalah harus.
Kesimpulannya, sanggul pada asalnya tidaklah dilarang, namun
jika dibuat dengan tujuan untuk memperlihatkan keaadan sanggul itu di khalayak
ramai atau untuk menarik perhatian mereka, ia adalah dilarang berdasarkan ayat
al-Quran dan hadis di atas.
credit: islam pelita hidup
BACA JUGA
- "Macam mana nak BERHENTI tengok VIDEO LUCAH?" Pertanyaan Seorang Pelajar Berasrama Penuh Yang Membuatkan Terkedu.
- Rupanya Ini Puncanya Mengapa Orang Yang Banyak Bersolat Pun Tetap Masih Melakukan Maksiat!! Hal ini Sangat Bnyk Berlaku Di Akhir Zaman Ini. Astaghfirullah..
- Kesibukan yang tidak bermanfaat!! Tanda KEMURKAAN ALLAH swt.
- Antara Tanda-tanda Allah Cinta Atau Benci Pada Hambanya
loading...
0 Response to "Punca WANITA TIDAK MASUK SYURGA. Ramai Wanita Sekarang Masih Melakukannya Walaupun Tahu Akibatnya!!! SAYANGI DIRIMU WANITA!!"
Post a Comment