"Macam mana nak BERHENTI tengok VIDEO LUCAH?" Pertanyaan Seorang Pelajar Berasrama Penuh Yang Membuatkan Terkedu.






Sebelum ini, saya dan Ustaz Adnin pernah pergi ke sebuah sekolah berasrama penuh di Melaka untuk memberi forum di sana. Semasa sesi soal jawab, antara soalan yang membuatkan kami terkedu adalah,

"Macam mana nak BERHENTI tengok VIDEO LUCAH?"

Gulp.

******

Sebenarnya bukan sekolah itu saja yang kami pernah jumpa soalan mengerikan seperti ini, bahkan kami pernah juga mendapat soalan sebegini dari pelajar sekolah aliran agama, maahad, sekolah asrama penuh intergrasi dan sebagainya. Sekolah teknik, sekolah menengah biasa pun lagi banyak.

Bahkan bukan sekadar pelajar sekolah saja yang tersangkut dengan masalah ketagihan video lucah, pelajar universiti pun sama. Tidak kira dari aliran sains, akaun bahkan agama. Dan lebih kritikal, yang dah BERKAHWIN pun masih ramai ketagih menonton video lucah. Dan yang ikut tarbiah pun tidak terlepas dengan penyakit menonton video lucah. Ini antara yang mengaku sendiri di ruangan inbox FB page dan emel.

Ini bukan kami punya andaian, tetapi ia adalah sebuah realiti yang menakutkan. Malah di sesebuah sekolah harian biasa, ia dianggap normal oleh sebahagian pelajar. Yang mana kalau tak tengok video lucah dianggap sebagai “skema”, “nerd”, “bajet suci dari hadas besar” dan sebagainya.

Serius banyak dan sangat kritikal.

Ketagihan video lucah merebak daripada orang awam sampailah kepada golongan yang mengikut gerakan Islam. Daripada yang pentingkan diri sendiri sehinggalah kepada golongan yang buat dakwah tarbiah. Daripada pelajar sekolah biasa, sehinggalah kepada pelajar sekolah agama. Daripada pelajar sekolah rendah, sehinggalah kepada yang sudah bekerja. Daripada yang bujang, sehinggalah yang dah berkahwin dan ada anak. Daripada yang lelaki, sehinggalah yang perempuan.

Semuanya TIDAK terlepas daripada virus video lucah ni. Malah kami pernah buat bancian di sebuah sekolah menengah. Hasil daripada bancian ringkas kami ini, hampir 80-90% pelajar lelaki menonton video lucah, dah 60% daripada dalam skala ketagih. Manakala pelajar perempuan pula sekitar 50-60% menonton video lucah, dan 30% daripadanya dalam skala ketagih.

Nak kata, majoriti yang ketagih adalah LELAKI. Dan lebih kritikalnya, perempuan pun ada juga walaupun tidaklah sebanyak lelaki. Tetapi tetap ada juga.

Argh!

Solusi?

Jadi macam mana nak menghadapi masalah ketagihan ini? Ini adalah antara solusi yang saya boleh kongsikan kepada kau. Mungkin kau boleh ikut beberapa tips di bawah. Ini adalah sekadar tips, nak ikut, ikut. Tak nak, tiada masalah. Moga kalau kau ketagih video lucah, kau mampu berhentinya secepat mungkin.

Amin !!

1)    PUASA. Puasa bukanlah puasa yang hanya menahan perut dari lapar sebab tak makan. Tetapi puasa sungguh-sungguh seperti tundukkan pandangan, jaga pergaulan, tidak mengumpat, dan sebagainya.

Puasa orang beriman supaya menjadi orang bertaqwa. Puasa segalanya. Setiap kali rasa nak tengok video lucah, cakap pada diri sendiri, "Aku berpuasa!"

2) JANGAN BERSENDIRIAN! Syaitonirrojim memang suka manusia yang suka bersendirian. Sebab dia mudah goda. Lagi-lagi yang sudah ketagih video lucah. Memang parah. Apa kau kena buat adalah, cari kawan-kawan.

Kalau duduk di dalam kampus, jangan pilih bilik yang single. Cari bilik yang ada roommate. Kalau duduk di rumah sewa, jangan tidur di bilik seorang diri. Tidur di ruang tamu atau tempat yang ada orang.

3)    Kalau rasa nak menonton video lucah, cepat-cepat KELUAR RUMAH. Start motor atau kereta, jalanlah pergi ke mana-mana saja. Pergi masjid ke, makan di kedai mamak ke, jumpa kawan ked an sebagainya. Keluar dalam 1 jam atau 2 jam. InsyaAllah nanti akan stabil balik balik nafsu kalau kau tak layan. Kalau waktu tengah malam pun sama juga. Keluar saja.

4)    Kalau tidak boleh keluar malam? Cari kawan, adik beradik atau teman di sebelah kau by hook or by crook ! Yang penting jangan sendirian. Cari kawan berbual. Kalau kawan atau adik beradik semua dah tidur, pergi cuba tidur! Telefon atau laptop letak jauh-jauh. Dan kau baring sebelah mereka.

5)    Sibukkan diri dan masa lapang kau dengan banyak kerja dan program seperti program dakwah tarbiah, ceramah agama, belajar al Quran atau kelas pengajian agama, program sekolah atau universiti, program gotong royong, khidmat masyarakat, bagi makan pada gelandangan, studi di perpustakaan, dan sebagainya.

Yang penting, sibukkan diri, jangan duduk bilik makan coki-coki saja. Kalau kau tak sibukkan diri dengan perkara pahala, kau secara tidak sengaja akan menyibukkan diri dengan perkara dosa. Buang masa dengan sengaja pun satu dosa juga tahu.

Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.”
 (Riwayat Bukhari)

6)  Kalau terlanjur tengok video lucah, wajib sentiasa hadirkan rasa bersalah teramat sangat dalam diri dan taubat selalu. Jangan bertangguh-tangguh! Kemudian jangan lupa berdoa selalu. Doa minta moga Allah beri kekuatan pada kau untuk berhenti.

7)    Jangan pernah layankan perasaan untuk tengok video lucah. Kalau datang perasaan nak tengok video lucah, itu dimaafkan. Yang diharamkan adalah melayan perasaan kau tu dan terus menonton video lucah. Jangan kawan, kuatkan semangat !

8)    Puji dan reward (hadiahkan) diri sendiri jika BERJAYA tidak tengok video lucah selama seminggu, atau sebulan, ataupun setahun. Kemudian, kuatkan azam dan semangat untuk menahan lebih lama agar tidak tengok video lucah sampailah kau berhenti sepenuhnya.

9)    Denda diri sendiri kalau setiap kali menonton video lucah. Denda jangan kasi denda yang ringan, denda yang berat. Contoh, setiap kali kau menonton video lucah, kau sedekah RM50.00. Atau setiap kali kau menonton video lucah, kau baca al Quran 1 juzuk untuk 1 minit. Denda diri kau dengan amal soleh yang agak berat.

Jangan denda diri kau dengan perkara pelik dan mengarut, contohnya kalau tengok video lucah, kau akan panjat KLCC guna gigi. Ataupun kalau tengok video lucah, kau akan masuk pejabat Perdana Menteri guna singlet saja.

Dan jangan juga denda diri yang ringan, sebab nanti kau akan ambil mudah. Contoh, kalau tengok video lucah, kau denda diri kau dengan sedekah senyuman pada orang lain. Atau setiap kali kau tengok video lucah, kau denda diri kau dengan pakai jubah tutup aurat.

Denda dengan hukuman yang berat tetapi munasabah. Dan hukuman yang kau boleh dapat pahala daripadanya.

10)Dan ini paling penting. KETAHUILAH kawan-kawan,

Islam ini bukan agama MAGIS. Bukan, serius bukan. Hari ini kau taubat, esok lusa kau terus jadi alim ulama'. Hari ini kau taubat, esok jadi malaikat. Atau bila kau amalkan sesuatu tips, lepas itu terus kau takkan menonton video lucah lagi.

TIDAK !

Islam ini adalah agama yang fitrah, realistik dan penuh sebab musabab. Ini realistik. Apa yang penting adalah istiqomah dan kuatkan dalaman diri. Atau dengan kata mudah, kuatkan keazaman, tekad dan kemahuan kau sendiri!

Macam orang merokok, kalau dia tak mahu berhenti merokok, kau bagi 1000.60 tips sekalipun, dia takkan berhenti merokok. Sebab dia tidak mahu dan tiada tekad untuk berhenti. Sama juga macam video lucah, kalau kau tiada tekad dan kemahuan nak berhenti, memang sampai mereput jadi mayat kau akan tetap tengok video lucah. Tetapi dalam kubur tak boleh tengok.

Kalau kau TIDAK bersungguh dan kemahuan untuk berhenti tengok video lucah itu LEMBIK dan LEMAH, percayalah, saya bagi 100000000 juta bilion lemon tips sekalipun, sampai mereput kau takkan berhenti.

MELAINKAN jika kau mahu. Moga Allah berikan kau kekuatan untuk berhenti tengok video lucah.

Amin.

 Wallahu’alam.



Credit: - Shukery Azizan -







loading...

1 Response to ""Macam mana nak BERHENTI tengok VIDEO LUCAH?" Pertanyaan Seorang Pelajar Berasrama Penuh Yang Membuatkan Terkedu."

  1. Assalamualaikum,kalau dah berhenti tengok video lucah adakah kesan menonton video lucah dari segi islam masih kekal atau tidak

    ReplyDelete