Gambar hiasan |
"Sebuah kisah mengenai seorang sahabat Nabi Muhamad SAW
iaitu Saad bin Muaz.
Saad Bin Muaz ialah sahabat nabi yang paling hitam, lebih
hitam dari bilal. Beliau telah memeluk islam pada umur 31 tahun dan beliau
telah meninggal dunia pada umur 37 tahun kerana telah syahid didalam
peperangan. Ini bermakna beliau hanya memeluk islam selama 6 tahun sahaja.
Tetapi disaat syahid beliau, Rasulullah berkata Arash Allah
bergegar kerana dengan tangisan para malaikat.Ini kerana besarnya sumbangan dan
pengorbanan Saad bin Muaz kepada perkembangan Islam pada masa itu.
" Cuba kita fikirkan sudah berapa lama kita dalam islam
- 20 tahun? 30 tahun ? 50 tahun mahupun 70 tahun ??? Cuba senaraikan apakah
sumbangan dan pengorbanan kita kepada agama islam yang maha suci ini??
Umat islam kini lebih sibuk mengumpul harta dunia dan lebih
bersifat individulistik ??"
Memandangkan ummi dah terlalu lama mengabaikan blog
pengisian keluarga kita ini, maka di kelapangan yang Allah berikan ini, ingin
ummi sampai kan sesuatu untuk semua sebagai pengisian untuk kita semua.. semoga
bermanfaat..
Kisah ni, ummi baru dapat semasa kuliah agama di office
semalam. Tapi, bila browse internet, dah pun ada details mengenainya dalam
salah satu blog sahabat ni.. so, ummi copy and paste here.
sebagai pengisian untuk semua..
---------------------------------------------------------------
Saad bin Muaz, beliau ada seorg sahabat yg berkulit amat
hitam. kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak
beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata
jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya
kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal
seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu lalu
jawablah seorang sahabat. sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk
membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg
menjamin Saad.
Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika
dengan bapa wanita tersebut, saad pon menyatakanlah hajat dia iaitu mahu
meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. lalu terperanjatlah bapa
wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya.
lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. wanita tersebut keluar
berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. tanya bapanya
adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu? maka kata anaknya
mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan
Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui
Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. kemudian
dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak
pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan
tersebut.
Di tanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk
berkahwin? maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul
Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar (kalo tak saya, nnt sy
check balik) dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu
pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar,
Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. lalu pulang Saad
berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. lalu
Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk
membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan
rumahtangganya.
semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan
mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah
tiba, lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan
baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. sesampainya beliau dilihat
telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di
sebelah saidina umar (yg ni pon lupa, sahabat yg mana, nnt check balik).
berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana saad
perperisai penuh menutup muka, ada yg mengatakan mungkin dtg dari yaman dan
turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.
dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu
tumbang, saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah
sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan
kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang
syahid tanpa sempat menyentuh pon isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat
syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.
Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar
pengorbanan para sahabat yg sanggup meninggalkan isteri yg baru mereka nikahi
untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah.
credit: islam pelita hidup
BACA JUGA
- Kisah Nabi Khidir Menelan Bukit dan Sebuah Mangkuk Emas
- Kisah Sebatang Tamar Menangis Kerana Terlalu Rindukan Rasulullah. Sangat Mendidik Jiwa.. :'(
- Uwais Al-Qarni Anak yang Makbul Doanya kerana Ketaatan pada ibunya dan merupakan Penghuni Langit
- Kisah Nabi Ibrahim A.S. Menghancurkan Berhala Raja Namrud
- Nabi Luth Dan Azab Kepada Kaumnya Yang Homosexual
loading...
0 Response to "Saad Bin Muadz Syahid Ketika Pergi Berperang Setelah Baru Lepas Berkahwin."
Post a Comment