Ianya mengenai Syafaat dari seorang sahabat yang beriman
kepada sahabat mereka yang lain..
Persoalan nya, adakah benar sahabat yang menjadi kawan kita
itu mampu memberikan syafaat kepada kita??
Ikuti kupasan dari Ustazah Nabilah Hasan berkenaan hal ini.
----------------------------------------------------------------
Artikel Yang Di Kongsikan
----------------------------------------------------------------
Share tazkirah Sabtu..
Pesanan Buat Sahabat...
Imam Al Syafi'ie berpesan :
“Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam
rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali
kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya
sangat mudah sekali”
Diriwayatkan bahwa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu
mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu
di dunia. Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah SWT
“Yaa Rabb...Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang
sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama
kami...?”
Maka Allah SWT berfirman :
“Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang
di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah.”
(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
“Perbanyaklah sahabat-sahabat mu'min mu, kerana mereka
memiliki Syafa'at pada hari kiamat
Wahai sahabatku sekalian..
Jika kalian tidak menemukan diriku di Syurga, sudilah
kiranya sahabat sekalian memanggil namaku dan bertanya pada Allah tentang
diriku, dan semoga Allah redha menyelamatkan diriku dan keluargaku dari siksa
api neraka..!!!
Aamiin...Aamiin...Ya Rabbal 'Alamin.
----------------------------------------------------------------
Jawapan Ustazah Nabilah Hasan mengenai persoalan di atas.
----------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.
Hadith dalam sebaran/text (syafaat) itu benar. Ia sebahagian
daripada hadith sahih yang panjang, dari Abu Sa'id al-Khudri.
وَإِذَا
رَأَوْا أَنَّهُمْ قَدْ نَجَوْا فِي
إِخْوَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِخْوَانُنَا كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَنَا
وَيَصُومُونَ مَعَنَا وَيَعْمَلُونَ مَعَنَا.
فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى اذْهَبُوا
فَمَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ
دِينَارٍ مِنْ إِيمَانٍ فَأَخْرِجُوهُ....
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab
Tauhid, Bab Firman Allah (Yg Bermaksud) :
Banyak Muka Pada Hari Itu Berseri-Seri Memandang Kepada Tuhannya.
Adakah orang beriman akan mengeluarkan sendiri sahabatnya
dari neraka? Ulama' memadankan hadith ini dengan hadith sahih lain dari Abu
Hurairah.
Dalam hadith tersebut, Nabi saw berkata,
"...Sehinggalah apabila Allah telah selesaikan
penghakiman di kalangan para hambaNya, dan Dia ingin keluarkan dari neraka
orang yg Dia inginkan dari kalangan mereka yg mengucap لا اله
الا الله , Dia memerintahkan
malaikat supaya mengeluarkan mereka. Malaikat mengenali mereka (yg ingin
dikeluarkan itu) dari tanda sujud.."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab
Melembutkan Hati, Bab Titian Sirat Jambatan Merentasi Neraka.
Maksudnya, syafaat
dapat diberi hanya dengan izin Allah. Apabila Allah izinkan nabi dan orang
beriman beri syafaat, maka Allah dengan segera memerintahkan malaikat
mengeluarkan mereka yg diberi syafaat itu dari neraka.
Syafaat ada pelbagai jenis. Antaranya :
1. Syafaat agung. Iaitu syafaat oleh Nabi Muhammad saw yg
diharapkan oleh seluruh manusia supaya lepas drpd sengsaranya berdiri di padang
mahsyar.
2. Syafaat para nabi selain Nabi Muhammad saw.
3. Syafaat para malaikat.
4. Syafaat para syuhada'.
5. Syafaat anak kecil (yg meninggal di dunia) buat
ibubapanya.
6. Syafaat orang beriman kepada orang beriman yg lain.
7. Syafaat al-Quran
Syafaat itu, dalam bahasa mudahnya, menyalurkan bantuan.
Pemberi syafaat berdoa memohon kepada Allah agar yang diberi syafaat dilepaskan
dari kesusahan, diringankan siksaan, keluar dari neraka, ataupun dinaikkan
darjat dalam syurga. Ia diberi dengan izin Allah.
Syafaat tak akan berlaku, kecuali apabila Allah reda kepada
orang yg memberi syafaat, dan reda juga kepada orang yg hendak diberi syafaat.
Wallahua'lam.
~ Ustazah Nabilah Hasan ~
loading...
Allah berfirman,
ReplyDeleteTidak ada kawan yang dapat perdulikan tentang kawan rapatnya. (70:10)
Salam.