Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan
sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat
Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan
lainnya.
Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan
berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah
untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang
bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan
selepas berbuka puasa.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan
dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan
keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut
kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat
disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
.
.
Sunnah Rasulullah SAW
.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan
Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3
rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW,
seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana
Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.
.
Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang
solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW
tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain
melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa
bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat,
jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian,
baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Sahihnya, no: 1147.
.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya
Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak
pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah
mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau
bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”
.
Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat
(Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda
duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah
wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang
terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat
seperti ini?”
Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi
hamba yang bersyukur?”
.
.
Cara Agihan Solat Lapan Rakaat
.
- Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
- Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
- Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.
# Setiap cara Solat
Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat
Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
.
Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat
Solat Sunat Witir.
Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki
berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda
bersabda: “Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh
akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis
riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.
Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari
sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat
sebelum fardu Subuh).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no:
1140.
.
.
Bacaan Surah
.
Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca
ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau
berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
.
- Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
- Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
- Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;
.
Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang
lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan
kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”
(Riwayat Jamaah)
1. Niat:
2. Bacaan Selawat,
Tasbih dan Doa Solat Tarawih
1. Setelah selesai
melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat
Tarawih dengan menyeru:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدِ
Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),
.
2. Bilal dan jamaah
sama-sama membaca:
3. Bilal menyeru
dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;
4. Imam dan jamaah
sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At TakaatsurRaka’at kedua: Surah Al Ashry
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan
jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
6. Imam dan jamaah
bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketiga: Surah Al HumazahRaka’at keempat: Surah Al Fiil
7. Setelah memberi
salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
8. Diikuti dengan
Imam membaca doa berikut:
9. Sebelum mendirikan
4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:
10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih
rakaat yang ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at kelima: Surah Al QuraisyRaka’at keenam: Surah Al Ma’uun
11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan
jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
12. Imam dan jamaah
bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketujuh: Surah Al KautsarRaka’at kelapan: Surah Al Kaafiruun
13. Setelah memberi
salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan
Selawat:
14. Apabila selesai
mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;
Doa Solat Tarawih
Maksud Erti Doa Selepas Solat Sunat Tarawih
Doa Tambahan 10 Malam Terakhir Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Witir
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat
Witir. Bilal menyeru:
صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
Cara Melaksanakannya
.
1. Lafaz niatnya pada
setiap dua rakaat pertama:
2. Bacaan selepas
Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laaRaka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3. Sesudah salam,
Bilal membacakan selawat;
4. Jemaah terus
berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat
terakhir:
5. Selepas bacaan
al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,Al-Falaq danAn-Naas.
6. Bemula malam 16
Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut
sebelum melakukan sujud petama.
7. Selesai
mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
8. Boleh dibaca
doa-doa berikut:
Credit: shafiqolbu
loading...
0 Response to "Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat"
Post a Comment