7 Petanda Awal Kanser Ovari Yang Sering Dianggap Masalah Biasa Oleh Wanita







Kanser ovari selalu dikaitkan wanita yang berusia namun pada di Malaysia, sudah ada kes kanser rahim  dikesan pada usia seawal 26 tahun.


Meski menakut namun kanser ovari yang dikesan di peringkat awal dan dirawat peratusan untuk pulih sangat cerah.

Dalam hal ini wanita perlu mengetahui tanda-tanda awal kanser yang sering kali dikaitkan sebagai pembunuh senyap wanita. 

Ini kerana di peringkat awal, kanser ovari jarang menyebabkan apa-apa gejala kalau ada pun ia sering disalah anggap sebagai masalah biasa walhal sebenarnya cukup berbahaya.

Berikut adalah 7 gejala awal kanser ovari yang selalu dianggap biasa oleh kaum wanita

1. Haid selepas menopaus, pada waktu sepatutnya wanita tidak lagi mengalami haid tapi pendarahan berlaku.

2. Keluar keputihan yang berlebihan - ramai wanita yang mengalami keputihan namun jika ia berlebihan dengana warna berbeza pemeriksaan adalah perlu.

3. Sakit atau tekanan di bahagian bawah perut atau di antara bahagian tulang pinggul.

4. Sakit belakang

5. Perut rasa kembung, bawah perut membengkak atau terasa penuh

6. Cepat rasa kenyang semasa makan.

7.  Perubahan tabiat dalam bilik mandi, seperti kerap membuang air kecil, sembelit atau cirit-birit.

Jumpa doktor jika lebih dua minggu

Beri perhatian perubahan yang berlaku pada diri kita. Perhatikan apa yang normal dan apa perubahan luar biasa yang berlaku.

Jika mempunyai tanda-tanda yang disebutkan di atas selama dua minggu atau lebih, sila berjumpa  doktor.

Gejala-gejala  ini mungkin  disebabkan oleh sesuatu  yang bukan kanser, tetapi  satu - satunya cara untuk mengetahui adalah dengan berjumpa doktor.

5 golongan wanita yang lebih berisiko

Bagi anda yang ada dalam 5 golongan disaran tidak berlengah untuk pemeriksaan bila mengalami tanda-tanda awal kanser ini. Anda termasuk yang dalam golongan wanita yang lebih berisiko atau lebih mudah menghidap kanser ovari.

1. Berada pada usia pertengahan, usia lebih 40 tahun atau lebih.

2. Mempunyai ahli keluarga terdekat (seperti ibu,kakak,ibu saudara atau nenek) sama ada sebelah ibu atau bapa yang menghidap kanser ovari.

3. Mengalami kanser payudara atau kanser kolorektral.

4. Tidak pernah melahirkan anak atau mempunyai masalah untuk mengandung.

5. Mempunyai endometriosis (keadaan di mana tidu daripada lapisan dinding rahim tumbuh di tempat lain.

Rawatan paling berkesan adalah apabila kanser ovari ditemui dan dirawat di peringkat awal.


Sumber: www.care.upm.edu.my & www.makna.org.my







loading...

2 Responses to "7 Petanda Awal Kanser Ovari Yang Sering Dianggap Masalah Biasa Oleh Wanita"

  1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah aku bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259

    ReplyDelete