Tahukah anda duit syiling paling mahal di Malaysia yang telah
terjual? Bayangkan duit syiling ini di jual dengan harga puluhan ribu ringgit.
Malah, mungkin duit tersebut juga anda pernah guna dan tidak sedar akan
nilainya.
Kebanyakan duit syiling paling mahal di Malaysia telah
dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini
dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).
Berikut adalah duit syiling paling mahal di Malaysia.
50 Sen 1967 Milled Edge NGC MS65
Dilelong RM7,600
Pada 4 Oktober 2014, duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi
sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari
Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong pada
harga RM7,600 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan
numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.
Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya
untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967
Milled Edge adalah Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
50 Sen 1969 Milled Edge NGC AU55
Dilelong RM10,253
Pada 19 Oktober 2013, sekeping syiling 50 sen 1969 Milled
edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) di dalam
satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel
Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty
Corporation (NGC) sebagai Au-55.
Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang
yang turut memenangi syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia
Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium,
Muzium Negara, Kuala Lumpur.
50 Sen 1968 Milled Edge NGC MS66
Dilelong RM19,942
Pada 19 April 2014, di dalam acara lelongan oleh
Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping
syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga
RM19,942 (termasuk premium pembeli).
Duit syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga
SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred terbaik untuk syiling 50
sen 1968 Milled Edge di dalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada
gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.
1 Sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB
Dilelong RM46,769
Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel
NGC MS63 RB yang dilelong dalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA)
yang sama seperti turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769
termasuk premium pembeli.
Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper
Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah
diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad
steel yang melekat pada magnet.
50 Sen 1969 Milled Edge NGC MS65
Dilelong RM81,846
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi
sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari
Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong pada
harga RM81,846 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan
numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah
gred terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.
Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969
Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori
syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.
loading...
Hubunhi 0194875450
ReplyDeleteBetol ke bos sampi tinggi mcm tu harga dy bos.sy ada 1..50sen tahun 1968
DeleteBetol ke bos sampi tinggi mcm tu harga dy bos.sy ada 1..50sen tahun 1968
DeleteSallam
ReplyDeleteIs your Malaysia old money or coin,antiques(antic),old Sen,duit lama,syilling,yasin,gabenor duit,signed Aisha,any form of old notes I buy
Is it still available for sell?.. https://robertpeterson1000.wixsite.com/bushreid-antiquessto/product-page/old-coin-dealer whatsapp- +14134892463