LIRIK LAGU 'TANGIS SEBATANG TAMAR'





Video Tangisan Sebatang Tamar By Daqmie

Dalam banyak-banyak lagu, lirik dan alunan nasyid ‘Tangis Sebatang Tamar’ oleh Daqmie dalam album Maulaya, begitu mengesankan sejak kebelakangan ini. Ia mengingatkan kita tentang kisah benar sebatang pohon tamar / kurma yang menangis kerana terlalu rindukan Rasulullah .
Perhatikan lirik ‘Tangis Sebatang Tamar’ berikut :-
Tangis Sebatang Tamar
.
Sedu sedan itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.
.
.
Penggunaan bahasa dan penceritaan dalam lirik lagu ini mudah difahami, bersahaja dan padat pengisiannya di samping ia merupakan sirah Rasulullah . Simbol metafora digunakan bagi melambangkan betapa tangisan tamar disebabkan kecintaan mendalam terhadap Baginda yang memiliki peribadi terpuji.

Ceritanya seolah-olah seperti mengimbas kisah masyhur tersebut. Lirik lagu juga menyatakan perasaan batang tamar yang merindui saat-saat menjadi mimbar dan kesedihannya apabila Rasulullah tidak lagi menggunakannya atas faktor keusangan.
.
Penceritaannya juga dikaitkan dengan situasi masyarakat dan diri masa kini, tentang iltizam menjadi makhluk ciptaan Allah سبحانه وتعالى yang patuh kepada-Nya dan dan keinginan berjihad untuk mengamalkan ajaran agama sebenar serta kesinambungan perjuangan Baginda selagi hayat dikandung badan menuju syurga Firdausi.
.
Jika pokok kurma sanggup berkorban demi Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah , bagaimanakah dengan kita sebagai makhluk yang sempurna akal dan anggota fizikal. Adakah masa hidup kita bertepatan dengan petunjuk Al-Quran dan sunnah yang dibawa oleh Baginda?
Marilah kita perbanyakkan selawat kepada Baginda Rasul di bulan maulid ini. Di samping berdoa, moga suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Rasulullah .

WAllahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah swt Maha Mengetahui apa yang benar)

CREDIT: SHAFIQOLBU

ANDA MUNGKIN MEMINATI 







loading...

0 Response to "LIRIK LAGU 'TANGIS SEBATANG TAMAR'"

Post a Comment