.
Kisah ajaib sebatang pokok tamar / kurma menangis kerana
Nabi ﷺ yang mendidik jiwa. Kelak
akan tiba suatu masa benda-benda mati seperti pokok, kayu dan batu, boleh
berkata-kata dan ternyata pada zaman Nabi Muhammad ﷺ juga telah ada sebatang pokok tamar @ kurma yang boleh
menangis.
Islam mendidik kita dengan konsep ‘keimanan’ iaitu
mempercayai segala sesuatu yang disyariatkan dengan hati yang tekad tanpa
ragu-ragu.
Banyak kisah yang menguji keterbatasan akal kita seperti
kisah Nabi Muhammad ﷺ
diisyraqkan ke langit ke tujuh, kisah Baginda menerima kewahyuan solat dan
kisah bulan dibelah dua dan Baginda mencatumkannya semula.
Semua sepatutnya ditolak oleh akal. Namun, kerana bimbingan
wahyu yang disulami rasa keimanan. Kita menyakini bahawa sesungguhnya tidak ada
apa yang mustahil bagi Allah سبحانه
وتعالى..
Kisah Ajaib Sebatang Tamar Yang Mendidik Jiwa
.
Masjid An-Nabawi juga tidak terlepas daripada kisah ajaib
ini. Antaranya sebatang pokok tamar yang menangis. Mengapa pokok ini boleh
menangis?
.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa
itu masjid Rasulullah ﷺ
beratap pelepah pokok tamar @ kurma. Jika Rasulullah ﷺ berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang
pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan
dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat
Rasulullah ﷺ ketika berkhutbah.
Cadangan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra supaya dibina mimbar
yang baru diterima Rasullulah ﷺ.
Lalu para sahabat pun membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata
tangga.
Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah ﷺ pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut,
malah Nabi merasa selesa dengan mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan
lagi batang tamar yang sering Baginda gunakan sebelum ini.
Namun, ketika Rasullullah ﷺ
menggunakan mimbar baru itu, kedengaran suara rintihan seperti tangisan unta
kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat hingga menggoncangkan tanah yang
terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.
Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada
batang pokok tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh Rasullullah ﷺ.
.
.
Rindukan Rasulullah ﷺ
.
Rasulullah ﷺ
tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang
tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah ﷺ
meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan
perlahan-lahan.
Rasulullah ﷺ
berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau
dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah
lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar engkau akan menjadi pokok di syurga,
supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”
Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke
dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan
buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”
Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti.
Rasulullah ﷺ kemudian kembali pada
mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ﷺ berkata: “Ia (pokok kurma)
memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”
Rasulullah ﷺ
kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar
dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.
Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia
mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya.” (Hadis
Riwayat Bukhari).
.
Begitulah kisah batang kering dari pokok tamar yang menangis
kerana rindu kepada Rasulullah ﷺ.
Sayang, kasih dan rindunya sebatang pokok tamar kepada Rasulullah ﷺ sehingga menangis kerana
Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk
berkhutbah. Betapa mulianya pokok tamar yang tidak akan terkena seksa api
neraka seperti pada zaman Rasulullah ﷺ.
.
Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun
menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada
Rasulullah ﷺ, maka kamu semua lebih
utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah ﷺ.”
.
Bayangkan! Sebatang pokok tamar tidak mahu jauh dari Nabi
Muhammad ﷺ, padahal cuma berjarak
beberapa meter. Bagaimana pula cinta kasih kita kepada Rasulullah ﷺ, nabi kesayangan kita?
Kita yang mengaku sebagai umatnya, pernahkah kita menangis teresak-esak kerana
Rasulullah ﷺ?
Bukan sekadar pengakuan lidah, apa bukti kecintaan dan
kerinduan kita kepada Rasulullah ﷺ?
Sejauh mana kita merasakan rindu untuk bertemu dan berada dekat dengan
Al-Mushthafa Muhammad ﷺ.
Maafkan kami ya Rasulullah ﷺ.
.
Alangkah malunya kita yang mengaku sebagai umat Nabi
Muhammad ﷺ tetapi tidak pernah berasa
rindu kepada Baginda ﷺ.
Apatah lagi jarang-jarang berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad ﷺ. Malah ada di kalangan
kita nak jawab selawat pun susah, begitu bakhilnya diri kita nak melontarkan
sebaris kalimah selawat.
Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah سبحانه وتعالى ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ
عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi
(Muhammad ﷺ). Wahai orang-orang yang
beriman! Bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan
penghormatan.” (Al-Ahzab: Ayat 56)
.
Mendekati Rasulullah ﷺ
banyak caranya, misalnya dengan membaca selawat, zikir, mendatangi
majlis-majlis ilmu, berkawan dengan orang soleh dan sebagainya. Sebarkan sirah,
cara kehidupan, sejarah Nabi ﷺ
kepada ahli keluarga dan terhadap orang-orang sekelilingmu….
Marilah kita perbanyakkan selawat kepada Nabi ﷺ di samping berdoa semoga
suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Rasulullah ﷺ dan memperolehi syafaat Baginda ﷺ.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah ﷺ….
ANDA MUNGKIN MEMINATI
ANDA MUNGKIN MEMINATI
loading...
0 Response to "Kisah Sebatang Tamar Menangis Kerana Terlalu Rindukan Rasulullah. Sangat Mendidik Jiwa.. :'( "
Post a Comment