Para Juri Dan Penonton Menitiskan Air Mata Saat Mendengarkan bait2 kata Persembahan Hijaz dengan lagu "Sumayyah" dalam Gema Gegar Vaganza 1. Hayati Lirik Lagu “Sumayyah”.







Lagu ini telah didendangkan semula oleh kumpulan hijaz dalam Gema Gegar Vaganza konsert Pertama Semalam. Bait-bait lagu dilontarkan dengan penuh penghayatan yang membuatkan para juri dan penonton menitiskan airmata Mata. Masyaallah..semoga Allah Menjaga Hijaz selalu, membimbing hijaz selalu dan semoga kalimat-kalimat yang dikeluarkan adalah kalimat-kalimat yang mengajak kita lebih dekat kepada Allah dan Mengenali para sahabat kerana banyak orang zaman sekarang yang tidak kenal dengan kisah-kisah dari para sahabat.

Ikuti kisah Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup sumayyah sewaktu syahid di jalan Allah



Lirik Lagu Sumayyah Nyanyian Kumpulan Hijaz 

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Chorus
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah











loading...

0 Response to "Para Juri Dan Penonton Menitiskan Air Mata Saat Mendengarkan bait2 kata Persembahan Hijaz dengan lagu "Sumayyah" dalam Gema Gegar Vaganza 1. Hayati Lirik Lagu “Sumayyah”. "

Post a Comment