"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur "– Surah Ali ‘Imran: 145
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas
memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah
lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin
dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada
dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit
bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun
apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus
menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah
semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar
warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna
asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan
duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan
timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda
itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di
fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang
wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula
wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi.
Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan
saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu.
“Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak
dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan
lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya
membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan
buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak
cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu
adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali
lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah
kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi
hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia
seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya
tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil
mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat
kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu
kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia
memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan
dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan
pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan
terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang
tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah
yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah
diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita
tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam
persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu
balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di
Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari
kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat
pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian
persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa
encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.
Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik
tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua
mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk
badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz
katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun
lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’
yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata
sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah
pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun
lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang
bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan
sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah
seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu
tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Wallahu’alam….
Sumber: Shafiqolbu
BACA JUGA
- Qari meninggal dunia ketika baca ayat kedua surah Al-Mulk Menjadi Tular di Laman Sosial. Beliau Meninggal Pada 27 Rejab 2017(Isnin) bersamaan Dengan peristiwa Israk Mikraj.
- Merasa Jauh dengan Allah? Lakukan 3 Hal Ini Agar Dekat Dengan-Nya (2)
- Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?
loading...
0 Response to "Disebabkan Meninggalkan Solat, Kulit Wajah Bertukar Menjadi Hitam."
Post a Comment