10 SIFAT-SIFAT ISTERI YANG MENJADI PENAMBAH REZEKI SUAMI







Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya.

Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki kepada suami itu?

#1 – Baik Agamanya

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi.

Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya rezeki kepada para suami.

#2 – Sentiasa Tawakal Kepada Allah

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Surah at-Thalaq:3)

Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada sesiapa sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal.

Oleh itu, sekiranya seorang isteri bertawakal kepada Allah s.w.t walaupun dia hanya seorang suri rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu melalui suaminya.

#3 – Sentiasa Bersyukur

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Surah Ibrahim:7

Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah s.w.t adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya. Isteri yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang diperoleh. Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih. Apabila suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan suaminya juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah s.w.t.

#4 – Taat Akan Suaminya

Wajib kepada seorang isteri untuk mentaati suaminya kerana syurga bagi setiap isteri adalah pada suaminya.

Isteri yang taat juga mendorong bertambhanya rezeki kepada suami dan keluarganya kerana rumahtangga yang aman dan damai menjadikan setiap proses hidup berjalan lancar dan bahagia.

#5 – Takutkan Allah Dan Bertaqwa

Janji Allah, sesiapa saja yang hamba-Nya bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari-Nya. Bahkan akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Firman Allah

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
Surah at-Thalaq:2-3

#6 – Mendoakan Suaminya

Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan suaminya. Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.

Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah s.w.t, lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan.”
Surah Ghafir:60


Sedekah adalah perbuatan yang akan menambah rezeki oleh Allah s.w.t. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.

Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah s.w.t. Jadi isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada suaminya pula.

Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya itu pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan turunnya rezeki yang bertambah-tambah.

#8 – Banyak Beristighfar

Istighfar adalah punca kepada datangnya rezeki. Tidak kiralah sesiapa saja, jika dia banyak beristigfar Allah akan menurunkan rezeki kepadanya.

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu.”
Surah Nuh:10-12

#9 – Menjaga Silaturahim

Seorang isteri yang sentiasa menjaga silaturahim sam ada keluarganya, ataupun rakan-rakannya mahupun keluarga atau rakan suaminya, sangat membantu dalam membanyakkan rezeki suaminya. Ini kerana sesiapa yang memutuskan silaturahim sebenarnya telah menyekat rezeki Allah s.w.t.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.”

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

#10 – Melazimi Dhuha

Baca juga 7 Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha merupakan solat penambah rezeki. Sekiranya seorang isteri mendirikan solat ini setiap hari sudah pasti dapat menambah keberkatan rezeki untuk suaminya. Allah s.w.t berfirman;

“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”
Hadis Riwayat Ahmad

Oleh itu, setiap isteri mestilah menanam azam untuk menjadi pembantu suami yang paling setia, iaitu dengan menjadi isteri yang dapat menambah rezeki dan keberkatan rezeki itu.












loading...

0 Response to "10 SIFAT-SIFAT ISTERI YANG MENJADI PENAMBAH REZEKI SUAMI "

Post a Comment