gambar hiasan
Boleh tgok video ini..tidak dapat ditahan air mata mengalir tgok video ni.
tulisan dalam post ini adalah daripada video ini.
Dari
Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ
telah bersabda : “Aku adalah orang (manusia) yang paling
awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada
syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan
nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat
yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum
umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas
(membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.
|
Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu
Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama
dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad ﷺ. Malaikat Jibril a.s. akan datang
kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat Israfil pula datang dengan
membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail pula datang
dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Bumi
akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah
menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan
gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad ﷺ .”
Malaikat
Israfil bersuara: “Wahai roh yang
baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka,
kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada
seruan yang ketiga, ketika Rasulullah ﷺ
berdiri, Baginda ﷺ telah membuang tanah di atas kepala
dan janggut baginda ﷺ. Baginda ﷺ melihat kanan dan kiri. Baginda ﷺ dapati, tiada lagi bangunan. Baginda ﷺ menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda
ﷺ bertanya, “Kekasihku
Jibril! Hari apakah ini?”
Malaikat
Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad!
Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan.
Inilah hari pembentangan Allah سبحانه وتعالى.”
Baginda
ﷺ bersabda: “Kekasihku
Jibril! Gembirakanlah aku!”
Malaikat
Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu
lihat di hadapanmu?”
Baginda
ﷺ bersabda: “Bukan
seperti itu pertanyaanku.”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak
melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda
ﷺ bersabda: “Bukan
itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian
mereka?”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan
Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda
ﷺ bersabda: “Nescaya
akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Malaikat
Jibril a.s. berkata kepada baginda ﷺ
: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad ﷺ dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Malaikat
Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad ﷺ . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as
berkata kepadanya: “Wahai Buraq!
Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah سبحانه وتعالى? Sudahkah Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq
berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku
ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah سبحانه
وتعالى akan datang pada hari ini di dalam
keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda
ﷺ bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya
aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah
berpuas hati, Buraq membenarkan baginda ﷺ
menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi Muhammad ﷺ berada di Baitul Maqdis di atas bumi
dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang
yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang
terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas,
dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.”
Roh-roh
telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa
tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di
dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan
akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah
tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh.
Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut
dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah
golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang
celaka dan derita.”
Malaikat
Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang
telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk
dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku
kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Nabi
ﷺ duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk.
Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi
Muhammad ﷺ merupakan satu umat (kumpulan). Nabi ﷺ berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka
seperti gelombang lautan.
Malaikat
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian
makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh
Allah سبحانه وتعالى.”
Umat-umat
datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad ﷺ berjumpa satu umat, baginda ﷺ akan bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad!
Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila
nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka
Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.
Nabi
Muhammad ﷺ berkata: “Mengapa
kamu berdua menangis.”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan
umatmu, Muhammad?”
Nabi
Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang.
Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila
mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad ﷺ
menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku
yang berbuat dosa?”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka
wahai Muhammad ﷺ !”
Apabila
Nabi Muhammad ﷺ melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada baginda ﷺ
dengan apa yang telah Allah سبحانه
وتعالى muliakannya. Mereka gembira kerana
dapat bertemu dengan baginda ﷺ . Baginda ﷺ juga gembira terhadap mereka.
Nabi
Muhammad ﷺ bertemu umatnya yang berdosa. Mereka
menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air
mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi
Muhammad ﷺ bersabda: “Wahai
umatku.” Mereka berkumpul di sisinya.
Umat-umatnya menangis.
Ketika
mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah سبحانه وتعالى
seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan
Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad ﷺ ?”
Malaikat
Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada
kekasihKu Muhammad ﷺ bahawa
umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Malaikat
Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk
ditayangkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Orang-orang
yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah سبحانه وتعالى.
Nabi Muhammad ﷺ memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin
ternakannya menuju di hadapan Allah سبحانه
وتعالى.
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu
baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu
semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba
Allah سبحانه وتعالى
terdiam.
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka!
Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Malaikat
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malaikat
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Malaikat
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari
yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan.”
Malaikat
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah سبحانه وتعالى telah mengumpulkan makhluk?”
Malaikat
Jibril menjawab: “Ya!”
Malaikat
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Malaikat
Jibril berkata: “Di hadapan Allah سبحانه وتعالى!”
Malaikat
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka
mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka
melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Malaikat
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik
menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri
di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan
panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan
bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air
mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak
mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia
kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
.
.
Rasulullah ﷺ Membela
Umatnya
.
Di
Padang Mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda
bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu
Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan
Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat
Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi
Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan
diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau
Jahanam!”
Nabi
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu
menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku!
Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau
bilau Jahanam!”
Suara
jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad ﷺ
menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak
meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika
itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah
yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka
pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan
Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah
mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya
mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat
Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud i hadapan Tuhannya.
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah سبحانه وتعالى.
Ia berhenti di hadapan Allah سبحانه
وتعالى.
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan
hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari
menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana
aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang
halus?”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Aku percaya!”
Allah
سبحانه وتعالى
telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah
dihampirkan dengan kepala makhluk.
Ibnu
Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti
dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak
seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang
sempit.”
Air
mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi
Muhammad ﷺ lebih-lebih lagi sedih. Air matanya
telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda ﷺ sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda ﷺ rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para
Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan
Allah سبحانه وتعالى ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.”
Daripada
Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi ﷺ menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda ﷺ dapati,
dia sedang menangis.”
Baginda
ﷺ bersabda: “Permata
hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah
menjawab: “Aku teringat akan firman Allah
سبحانه وتعالى.”
“Dan,
kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang
daripada mereka.”
Fatimah
r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak
merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda
ﷺ menjawab: “Wahai
Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib
dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah سبحانه وتعالى,
لِكُلِّ امْرِئٍ
مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
“Setiap
orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.” (Surah ‘Abasa, ayat 37)
Fatimah
r.h. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di
hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda
ﷺ menjawab: “Kamu
akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah
r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati
kamu tiada di telaga?”
Baginda
ﷺ bersabda: “Kamu
akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:
“Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut:
“Aamiin.”
Setiap
umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka
Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk
kacang.
Apabila
seruan dari tengah Arasy kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang
beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad ﷺ !” Allah
سبحانه وتعالى
berfirman kepada mereka, “Mengapa
kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka
berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan
Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka
ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka
menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami
kenali selainNya.”
Apabila
ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad ﷺ mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni
neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada
Muhammad ﷺ !”
.
Manusia
berpecah kepada tiga kumpulan.
1.
Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
.
Mimbar
para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat
terhadap mimbar Nabi Muhammad ﷺ. Mimbar Nabi
Muhammad ﷺ terletak berhampiran dengan tempat
berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik.
Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi ﷺ .
Hawa
melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai
Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad ﷺ serta cantik wajah mereka.”
Mereka
menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka
berkata: “Kami adalah umat Muhammad ﷺ . Semua umat telah mengiringi apa yang mereka
sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah
membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin
berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami
akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi
Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku!
Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah سبحانه وتعالى: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.”
Mereka
pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat
sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut
(umat Nabi Muhammad ﷺ ) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap
Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari
ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi
Nuh a.s. berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk
dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu
dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah سبحانه وتعالى! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi
Ibrahim a.s. berkata: “Sesungguhnya aku pernah
berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut
dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa a.s.! Mintalah pertolongan
darinya!”
Nabi
Musa a.s. berkata: “Aku sibuk dengan
kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan
dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki
Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk
lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku.
Pergilah kamu berjumpa Isa a.s.!”
Mariam,
Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat
Nabi Muhammad ﷺ dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad ﷺ .
Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara
Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad ﷺ
Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi
Muhammad ﷺ. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta
syafaat kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Umat
Nabi Muhammad ﷺ berkumpul di sisinya.
Terdengar
suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!”
Nabi
Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah
memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi
Adam a.s. pergi menemui Allah سبحانه
وتعالى. Allah سبحانه
وتعالى berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi
Adam a.s. bertanya: “Berapa ramai
untukku kirimkan?”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan
seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah
سبحانه وتعالى
berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak
melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan
mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi
orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan
memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa
yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji
sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa.
Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa,
sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap
yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi
Adam a.s. berkata: “Tuhanku! Penguasaku!
Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan
Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa
yang benar)
Sumber: http://umusayyidah.blogspot.my
loading...
0 Response to "Tangisan Rasulullah SAW Di Padang Mahsyar"
Post a Comment