Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah
hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk
hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati
itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan
mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita
sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak
pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada
solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang
suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi
hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu
berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar
masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita
kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran
Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan
dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia
dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula
aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya
Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua
ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa
pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan
kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka
ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat
sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan
Hakim.
By: Mohamad Firdaus
baca juga
- Walaupun Kita Umat Terakhir Duduk Di Dunia, Tetapi Kita Adalah Umat Pertama Yang Akan Masuk Ke Syurga Allah. Sehinggakan Nabi Musa as Pun Ingin Menjadi Umat Nabi Kita, Nabi Muhammad SAW
- Satu Shalawat Dibalas Sepuluh Kebaikan
- Sarapan Rasulullah di Pagi Hari
loading...
0 Response to "7 SUNNAH Rasulullah Yang Perlu Dijaga Agar Perolehi KELEBIHAN Sangat Mempengaruhi Sepanjang Kehidupan."
Post a Comment