Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi





Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.


Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
.

.


Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:

Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.
.
.
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1.  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  11.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:

  • Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
  • Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
  • Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
  • Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
  • Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
  • Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
  • Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
  • Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
  • Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


Khasiat Ayat Kursi:

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;

  1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
  12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:

  • Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
  • Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun  terkena pembuli jalanan.
  • Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته







loading...

0 Response to "Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi"

Post a Comment