Zaman saya sekolah dulu, tak kira la sekolah rendah atau
sekolah menengah, ustaz atau ustazah yang mengajar kelas saya ada kata :
“kita semua ni ummat Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam.
Ini bermakna kita ini ummat terbaik. Kita adalah ummat yang masuk syurga dulu
berbanding ummat terdahulu. Pahala ummat Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam
berlipat kali ganda berbanding ummat terdahulu, malah niat je untuk lakukan
kebaikan pun dah dapat pahala..”
Macam ni lah lebih kurang ayat yang banyak kali berlegar
dari mulut ustaz atau ustazah saya yang mengajar dalam kelas pendidikan Islam
masa zaman sekolah dulu. So saya rasa macam best sangat nie sebab dapat jadi
ummat yang terbaik sampai kadang-kadang tak kisah dapat result exam teruk pun,
yang penting jadi ummat terbaik.
Ye la, ummat terbaik masuk syurga dulu berbanding ummat
sebelum ni.
Saya masa sekolah dulu, siap buat perancangan kalau saya dah
masuk syurga, saya nak mintak PS2 (Playstation 2), PSP, saya nak minta makanan
sedap banyak-banyak dan banyak lagi.
Dan yang paling bestnya, masa saya sekolah rendah dulu, saya
pernah berazam kalau dah masuk syurga nanti saya nak jadi power rangers! Haha.
Tetapi lepas saya balik sekolah, saya tengok ustaz atau
ustazah saya dan juga orang di sekeliling saya menjalani kehidupan seharian
macam biasa je.
Mereka kerja, ada yang pergi sekolah, lepas tu makan, tidur,
berak, tengok TV, berkahwin, pergi main futsal, pergi buka facebook (eh, masa
tu belum ada lagi) dan lain-lain.
Saya tertanya-tanya..
Di mana GAMBARAN yang menyatakan kita ummat yang terbaik..?
Saya pernah juga dengar kisah ummat sebelum ni..
Mereka juga makan, minum, tidur, berkahwin dan macam-macam
lagi.
Yang bezanya dari sudut ibadah, mereka sangat hebat. Mereka
beribadah sampai beratus-ratus tahun (sebab umur mereka panjang), ada yang
boleh jalan atas air, ada yang sujud sampai batu melekuk, ada yang cahaya zikir
sampai naik ke langit kerana lamanya berzikir, tetapi kenapa mereka masuk
syurga lambat?
Nak kata ibadah ummat hari ini (yang saya nampak termasuk
saya sendiri), solat pun ada yang lengah-lengah, ada lagi sengal tak solat
langsung.
Nak kata berjalan atas air, sorang pun saya tak jumpa.
Banyak tengok kartun Naruto la kalau siapa yang kata pernah berjalan atas air.
Yang saya banyak jumpa ramai yang “masuk air” ada la.
Jadi apa yang best sangat dengan amalan ummat hari ni (ummat
Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam)?
Jadikan Aku Umat Ahmad
Saya ada baca sebuah hadis riwayat Qatadah ibn Nu'man,
Pada suatu hari Nabi Musa alaihi salam berdoa kepada ALLAH,
"ya ALLAH, di dalam kitab ini (Taurat), ada diceritakan
satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia,
jadikanlah mereka itu umatku.."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada diceritakan tentang
umat yang terakhir dikeluarkan ke bumi, dan mereka pula yang pertama memasuki
Syurga, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD".
Nabi musa berdoa lagi, "ya Tuhanku, di dalam kitab ini
ada di ceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka dengan sepenuh hati
lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang mampu
menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada di ceritakan
tentang umat yang beriman dengan apa
yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat-umat sebelum mereka, dan mereka
terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini diceritakan tentang
umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat, dan jika mereka
melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda
kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Lalu Nabi Musa alaihi salam meletakkan kitabnya di sebelah
dan berdoa,
“Ya ALLAH, jadikanlah aku umat AHMAD..”
Hebat kan jadi ummat Nabi Muhammad ni iaitu umat yang
terbaik. Tetapi saya masih mencari-cari di mana jawapan untuk soalan-soalan
saya ni sehinggalah saya masuk ke universiti. Saya pergi kuliah agama, ada
seorang ustaz menceritakan tentang ummat terbaik berdasarkan potongan ayat
Quran surah ali Imran ayat 110.
Nak Jadi Umat Terbaik?
Jadi bagaimana kita boleh jadi ummat terbaik?
Sebelum saya cerita lebih jauh, saya bagi contoh. Macam mana
seorang doktor tu boleh mendapat gelaran sebagai doktor yang terbaik?
Dia cemerlang dengan bangganya dalam ujian kedoktoran ke?
Dapat 4 flat dalam setiap semester sepanjang 8 atau 9 tahun
pengajian?
Berjaya sambung bidang medical sampai ke hujung benua atau
hujung planet?
Berjaya mengharungi dunia Housemanship dengan cemerlang,
gemilang dan terbilang?
Mestilah jawapannya TAKDE SATU PUN dalam senarai!
Aik? Jadi macam mana
doktor tu digelar doktor terbaik?
Doktor yang terbaik adalah mereka yang menggunakan segala
kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu kedoktoran lalu dia “terjun” ke dalam
lembah masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat
sehinggalah masyarakat sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu kedoktoran dia
tu.
Ha, maka masa tu doktor tu layak mendapat gelaran doktor
terbaik!
Faham??
Contoh lain. Macam mana seorang mahasiswa/i tu digelar
mahasiswa/i terbaik??
Adakah dengan mendapat 4.00 setiap sem saja hingga dapat
anugerah dekan?
Atau join program-program saja?
Atau duduk dalam bilik main DOTA, COC atau tengok movie dan
drama korea jepun Melayu saja??
Itu saja?
Mestilah TAK.
Jadi macam mana mahasiswa/i tu digelar mahasiswa/i terbaik?
Mahasiswa/i yang terbaik adalah mereka yang menggunakan
segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu sepanjang dia belajar tak
kisahlah apa pun, lalu dia “terjun” ke dalam lembah masyarakat ataupun kawan-kawan sekeliling untuk
menyelesaikan masalah ketidakfahaman kawan-kawan dalam sesuatu perkara atau
membantu masyarakat luar sehinggalah orang di sekelilingnya mendapat manfaat
daripada ilmu yang dia ada.
Ha, maka masa tu mahasiswa itu layak mendapat gelaran
mahasiswa/i terbaik!
Jadi balik kepada tajuk asal, bilakah suatu Ummat itu, layak
mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik?
Jawapan ada dalam Al quran !
Ummat akan menjadi Ummat terbaik adalah apabila mereka
mengamalkan dan membuat “kerja-kerja” agama iaitu dia “terjun” ke dalam lembah
masyarakat sekeliling untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat
sehinggalah masyarakat di sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu agamanya
yang di sampaikan.
Ha, maka masa tu ummat itu layak mendapat gelaran Ummat yang
terbaik!
Faham?
Apa kerja agama untuk ummat terbaik?
Firman Allah yang bermaksud :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT
SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH
(Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "
(Aali Imran 3:110)
Inilah kerja Ummat terbaik, dan inilah fungsi ummat terbaik!
Korang pernah terfikir tak..
Dulu masa Nabi-nabi yang dah wafat seperti Nabi Nuh alaihi
salam, Nabi Musa alayahi salam, Isa alayhi salam dan lain-lain, Allah lantik
Nabi lain buat dakwah kepada kaum atau ummatnya, lepas Nabi lain itu wafat,
Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi
terakhir iaitu Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam, dah tidak ada Nabi lagi selepas ini.
Kenapa?
Sebab kitalah ummat Nabi yang mewarisi cita dan risalah para
Nabi untuk membawa manusia kepada Allah atau dengan erti kata lain, kitalah
mewarisi kerja dakwah untuk Ummat!
Bak kata Syed Qutub ; “ kita bukanlah pemula atau pengakhir
kepada perjuangan (dakwah) tetapi kitalah adalah penerus kepada perjuangan
ini.."
Jadi korang ada pilihan, nak jadi ummat terbaik atau ummat
“terbalik”..
Last but not least, saya petik kata-kata Imam Hassan al
Banna :
“Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti
politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas.
Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati
umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema
tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukannya.”
Moga malam ni tidur dalam keadaan tidur yang terbaik. Hoho.
Moga Allah redha.
Wallahua’lam
credit: - Ahmad Shukery -
anda mungkin meminati
- 40 Kelebihan Memberikan Selawat ke atas Rasulullah SAW
- Ini Cara Potong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah SAW !!! Sebarkan Kalau nak Pahala
- Tangisan Rasulullah SAW Di Padang Mahsyar
loading...
0 Response to "Walaupun Kita Umat Terakhir Duduk Di Dunia, Tetapi Kita Adalah Umat Pertama Yang Akan Masuk Ke Syurga Allah. Sehinggakan Nabi Musa as Pun Ingin Menjadi Umat Nabi Kita, Nabi Muhammad SAW"
Post a Comment