Seperti yang sedia maklum, Solat adalah berdasarkan apa
yang diajar dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Berdasarkan
sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam “Sollu Kama Roaitumuni Usolli”
(Solatlah kamu seperti mana kamu melihat ku solat).
Tapi ada timbul persoalan berkaitan bacaan dalam Tahiyat
Akhir. Kenapa hanya sebut nama Nabi Ibrahim semasa Tahiyat Akhir dan bukannya
nama nabi lain. Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut.
Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir
Dan Bukan Nabi Lain
Berikut adalah jawapan Ustaz Azhar Idrus tentang soalan
berikut. Bacaan Tahiyat Akhir ada menyebut nama Nabi Ibrahim as adalah kerana
Nabi Ibrahim as adalah abul-anbiya’ iaitu bapa segala nabi – nabi. Jelasnya
Nabi Ibrahim as mempunyai 2 orang isteri iaitu Siti Hajar dan Siti Sarah. Siti
Hajar adalah ibu kepada Nabi Ismail as manakala Siti Sarah adalah ibu kepada
Nabi Ishak as. Nabi Ishak as adalah ayah kepada Nabi Ya’qub as. Nabi Ya’qub as
pula adalah ayah kepada Nabi Yusuf as dan begitulah seterusnya.
Jadi bacaan nama Nabi Ibrahim as adalah merangkumi semua
nabi- nabi yang ada. Manakala sebutan nama Nabi Muhammad SAW adalah kerana Nabi
Muhammad SAW adalah nabi kita dan merupakan penghulu dan pemimpin segala
manusia iaitu daripada nabi Adam as sehingga ke hari kiamat.
Wallahu a’lam
loading...
0 Response to "Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain"
Post a Comment