Tanggungjawab ibu bapa sebenarnya amat berat.
Semua yang dah merasai betapa besarnya tanggungjawab yang
perlu ditanggung pasti akan mengangguk setuju. Tidak ada apa pun perkara yang
senang dalam membesarkan manusia supaya dia jadi insan yang berguna pada masa
senang, tetapi pengalaman membesarkan anak adalah pengalaman yang sebenarnya
manis di dalam pahit.
Walau bagaimanapun, ada bermacam panduan yang boleh membantu
kita sekurang-kurangnya lebih bersedia dalam menjalani hidup sebagai seorang
ibu atau bapa. Berikut adalah lima kesalahan yang kami rasakan perlu dikongsi
supaya perjalanan anda sebagai ibu dan bapa menjadi lebih mudah.
1. Tidak ajar anak tidur awal
iluminasi ibu bapa kesalahan zaman moden9
Ramai ibu bapa merungut kenapa anak-anak mereka tidak dapat
tidur pada waktu malam, berjaga, melalak, nak ajak main tetapi pada waktu
siangnya pula lena. Kes ini selalunya melibatkan anak kecil. Ini berlaku kerana
dari mula lagi ibu bapa tidak mendidik anak untuk tidur awal. Semasa anak masih
bayi, ajar anak tidur dari awal walaupun dia tidak mengantuk. Seeloknya lepas
jam 7 dah tidur dan si ibu perlu tidur sekali dengan anak. Memang perit sikit
untuk korbankan masa berjaga kita yang sangat terhad tapi amalan ini jika
dilakukan dengan konsisten, akan melatih anak supaya dapat tidur awal dan tidak
berjaga pada awal pagi mintak bermain dengan dia.
2. Anak pula perintah ibu bapa
iluminasi ibu bapa kesalahan zaman moden4
Saya perasan ramai ibu bapa yang jadi takut nak marah anak.
Mungkin terlalu terpengaruh dengan pendidikan barat yang terlalu mementingkan
hubungan "diplomatik" di antara anak dan ibu bapa, sehinggakan
kadangkala apabila anak-anak mula mengganggu orang lain di tempat awam pun,
dibiarkan saja tanpa sebarang teguran. Adakah itu baik? Tidak. Mendidik
anak-anak untuk berani memerhatikan dunia adalah satu perkara, tetapi sehingga
ada yang membiarkan saja perangai anak huru hara adalah amat tidak patut
dilakukan. Teguran masih diperlukan dan kadangkala, marah itu perlu ada.
3. Tidak mahu anak bersusah payah
iluminasi ibu bapa kesalahan zaman moden11
Berkat tahap kemampuan kita yang semakin baik, semakin ramai
ibu bapa yang mampu membelikan anak-anak mereka bermacam benda. Walaupun
begitu, kita perlu sedar apabila diberikan dengan pelbagai benda seperti gajet
atau permainan, ini akan membuatkan anak tidak belajar erti susah payah
mendapatkan sesuatu. Seorang anak perlu faham yang barang yang dia perolehi
tidak jatuh dari langit dan dia juga perlu memahami yang setiap barang yang
diperolehi, sepatutnya mempunyai makna yang besar.
4. Beri gajet untuk diamkan anak
iluminasi ibu bapa kesalahan zaman moden7
Ini kerap berlaku zaman ini. Terlalu ramai ibu bapa yang
tidak mahu anak mereka huru-hara, menggunakan cara paling mudah iaitu
memberikan gajet seperti telefon pintar atau gajet untuk mendiamkan mereka.
Cara ini rasanya tidak bagus kerana apa yang berlaku sebenarnya adalah ibu bapa
mengalihkan perhatian anak-anak ke satu perkara lain, yang lama kelamaan akan
membuatkan ibu bapa terpaksa bergantung dengan gajet dalam semua perkara. Gajet
bukanlah penyelesaian. Cuba cari jalan bagaimana hendak mengawal anak anda
tanpa menggunakan gajet.
5. Terlalu takut kecewakan anak
iluminasi ibu bapa kesalahan zaman moden8
Jika ada ibu bapa yang mempunyai dua atau lebih anak, pasti
akan timbul masa di mana seorang anak terpaksa mengalah dengan anak lain. Untuk
memujuk yang mengalah, ibu bapa mula menjanjikan dengan beliau sesuatu sebagai
ganjaran yang dia akan dapat jika dia mengalah, secara sembunyi-sembunyi. Ada
dua perkara akan berlaku. Yang pertama, anak anda akan lebih kerap mengalah
untuk mendapatkan imbuhan. Dua, jika diketahui anak yang tidak mahu mengalah,
itu akan mencipta jurang di antara dia dan adik beradiknya. Didik anak supaya
mengalah dengan ikhlas kerana mengalah itu perkara yang baik antara adik
beradik. Lebih sukar, tetapi untuk jangka masa panjang Insya Allah anda akan
nampak kesannya.
Itulah serba sedikit panduan yang dapat saya berikan pada
anda hari ini. Terpulang kepada anda jika anda rasakan berguna atau tidak
nasihat ini kerana saya sedar, tidak ada orang lain yang lebih memahami
anak-anak berbanding ibu bapa mereka. Walaupun begitu, perkongsian ini bukanlah
untuk membuktikan anda salah, tetapi sebagai ibu bapa memang akan ada masanya
kita terlepas pandang perkara-perkara asas yang sebenarnya kita dah amalkan
hari-hari.
Saya harap artikel ini membantu. Selamat meneruskan kehidupan
sebagai ibu bapa sehingga melahirkan anak yang berjaya dunia dan akhirat.
ANDA MUNGKIN MEMINATI
- "Ibu Bapa. Mereka Adalah Syurga Dan Nerakamu" Tazkirah dari Habib Ali Zaenal abidin Al-hamid Yang sangat Menyedarkn.
- Inilah Akibatnya!! Jangan Menyerahkan Tanggungjawab mendidik 100% pada Cikgu Jika Enggan Menangis Di Kemudian Hari.
- INI ADALAH 10 RAHSIA CARA MEMBUAT ISTERI ANDA BAHAGIA DAN SENTIASA TERSENYUM LEBAR APABILA MELIHAT ANDA
loading...
0 Response to "5 Kesilapan Besar Ibu Bapa Zaman Moden Dalam Mendidik Anak"
Post a Comment