10 KeWaJiPaN SeOrAnG SuAmI
Suami isteri perlu menjalankan kewajipan masing masing
sebagaimana yang telah diwajibkan oleh Allah. Menunaikan tugas sebagai suami
atau isteri merupakan kewajipan kepada setiap umat isla
Antara kewajipan suami dadalah seperti berikut:
1. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya. suami perlu memberi makan dan minum, pakaian, penyediaan tempat tinggal yang baik dan selesa. kewajipan ini perlu dilaksanakan oleh suami walaupun isterinya bekerja.
suami juga perlu menunaikan kewajipan bersangkut paut dengan isteri seperti menyediakan ubat dan mendapatkan rawatan buatnya jika demam atau sakit.
2. melayan dengan baik
suami juga perlu melayan isteri dengan baik kerana isteri merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik. justeru suami perlu melayan isteri dengan kata-kata dan perbuatan yang baik. layanan yang tidak baik hanya akan merenggangkan hubungan suami isteri. suami juga perlu bijak dalam mengekalkan layanan dan hubungan mesra bersama isteri. layanan daripada seorang suami akan mempengaruhi perkembangan seseuah rumah tangga.
3. Sabar atas kelemahan isteri
suami perlu bersabar atas kelemahan isteri. setiap manusia memiliki kelemahan dan kekurangan. justeru, suami perlu mendidik isteri agar memperbaiki kelemahan dengan sabar dan elakkan teguran yang sinis serta kasar.
4. memberi ilmu agama
suami wajib memberi ilmu agama kepada isteri terutamanya perkara asas seperti fardhu ain. jika suami jahil dan kurang ilmu agama, suami perlu ambil guru agama untuk mengajar isteri. suami juga perlu membnarkan isteri menghadiri majlis ilmu dan kelas-kelas agama bagi memastikan isteri mendapat pendidikan agama yang sempurna.
5. mengizikan isteri keluar jika perlu.
suami perlu memberi keizinan kepada isteri untk keluar rumah jika itu adalah keperluan dan bersifat mustahak. suami perlu bertoleransi dan perlu membuat keputusan dengan bijak agar isteri tidak berasa terkongkong dan keizinan yang diberikan itu tidak disalahgunakan.
6. tidak mendedahkan keaiban isteri.
suami wajib menjaga maruah isteri. suami tidak dibenarkan mendedahkan aib isteri kepada sesiapa pun kecuali untuk kebaikan dan atas tuntutan menjaga kebajikan keluarga seperti kepada pihak yang telah dilantik menjadi orang tengah atau pendamai (yakni kadi atau ahli keluarga) untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang melanda dalam keluarga.
7. tidak mendera fizikaal dan mental
suami juga wajib mengelakkan segala perbuatan yang bersifat penderaan, sama ada fizikal ataupun mental. penderaan fizikan dan mental hanyalah membuktikan sikap suami yang tidak matang dalam menguruskan sesebuah rumah tangga. malah penderaan hanya merenggangkan hubungan suami isteri kerana isteri akan dikuasi rasa takt akan suami.
8. menghormati ibu bapa dan keluarga isteri
perkahwinan bukan sahaja antara suami dan isteri tetapi juga melibatkan pelbagai pihak. justeru, suami perlu menghormati keluarga isteri selagi mereka tidak melakukan perkara yang menyalahi dan bertentangan dengan syariat islam.
9. berbincng dengan isteri
berbincang dengan isteri tentang pelbagai perkara kerana perbincangan akan menunjukkan suami mementingkan isteri dan sentiasa memerlukan pandangan dan pendapat isteri.
10. adil
suami perlu menjalankan segala tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan dengan adil dan saksama. jika suami gagal menunaikan hak terhadap isteri- isterinya, maka suami akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya di akhirat kelak.
(Petikan dari buku melakar syurgawi idaman)
loading...
SALAM TERIMA KASIH
ReplyDeletewww.mirafiqa.com