Kalau ibubapa bercakap kepada anak, jangan biar buat macam tak dengar atau sambil berjalan ketika ibubapa bercakap. Berbeza orang mendengar sambil berjalan, tak menghiraukan tapi mendengar biar tengok biar dengar apa ibubapa cakap. Itu adab kepada ibubapa. Kalau bercakap, dengar! walau pun dimarah, walaupun dia tak suka, walau pun dia rasa
"Ah membebel sajalah!"
Dengarkanlah apa ibubapa cakap!
Tapi melihat anak anak zaman sekarang, ada yang sibuk membelek telefon masing masing. Malah ada yang sanggup mengherdik, menengking kembali orang tuanya!
Nauzubillahi min zalik!
Pada yang tidak tahu sini saya sampaikan...
Tiada hak yang lebih besar setelah hak Allah SWT dan RasulNya melebihi daripada hak ibubapa.
Mungkin ada yang berkata,
"Cakap senang la! Cuba rasa sendiri, dapat ibubapa yang panas baran, tak memahami, tak mengamalkan gaya hidup Islam".
Maka ketahuilah..
Manusia tiada yang terlepas dari salah. Tetapi jangan sesekali memandang hina pada ibubapa. Walaupun perbuatan mereka itu tidak baik biar perbuatan itu Allah yang hukum atau maafkan. Tugas kita sepatutnya :
"Ampunkan dan rahmati kedua orang tuaku"
Tiada hak untuk anak menghukum orang tuanya. Walaupun mereka membiarkan si anak, tidak memberi nafkah kepada anak. Mereka berdosa kepada Allah maka tiada hak untuk anak membalasnya.
"Kau tak bagi nafkah kat aku, aku tak nak beri nafkah kepada engkau!"
Tak boleh begitu! Tuntutan memberi nafkah kepada orang tua bukan orang tua yang tuntut tetapi tuntutan oleh Allah.
"Dah berapa banyak duit saya keluarkan untuk abah?"
Jangan keluarkan ayat sebegitu.
Ini yang kita kena faham iaitu :
Pertama, manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ibubapa kita manusia atau malaikat? Manusia bukan? Makanya mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Kedua, dosa itu antara mereka dan Allah maka yang berhak menghukum itu adalah Allah bukan kita, si anak.
Mungkin juga dalam hati pernah terlintas,
"Aku dah layan ibubapa aku dengan baik, aku jaga mereka ketika mereka sakit, aku patuh bicara mereka"
malah mungkin yang sudah bekerja ada yang memberi wang pada mereka,
Tapi ketahuilah itu semua belum setimpal dengan jasa mereka! Tiada bandingan pengorbanan si anak dengan pengorbanan orang tua.
Ada sebuah kisah. Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah :
"Ya Rasulullah, saya telah membawa ibu saya, dukung untuk pergi ke haji dari Yaman, untuk tawaf. Semua saya bawa. Semua saya uruskan. Adakah saya sudah dapat membalas jasa budi baik ibu saya?"
"Apa yang kamu buat belum menyamai satu hembusan nafas nak melahirkan. Belum pun kamu mencukupi dapat membalas satu tarikan nafas ibu ketika nak melahirkan kamu".
Bawa, dukung, buat semua, bawa pusing tawaf, sampai selesai haji. tapi masih belum cukup untuk membalas walau sedikit pun pengorbanan si ibu. Mengapa? Perjuangan seorang ibu ketika melahirkan adalah antara hidup dan mati. Kalau bawa ibu dari Yaman, kalau penat, rehat. Sambung semula perjalanan. Tiada kaitan antara mati dan hidup. Tapi ibu nak melahirkan? Antara hidup dan mati!
Toyyib.. Salallah sayyidina Muhammad..
Kita punya orang tua yang berbagai ragamnya, berbeza perangainya. Khususnya kalau orang tua sakit atau yang sudah tua, yang sedikit sebanyak buat hal, yang mungkin sedikit sebanyak menguji kesabaran.
Nak dapatkan pintu syurga. Pintunya ada di hadapan. Macam mana tak masuk? Kenapa tak masuk? Bagaimana nak masuk?
Sabar dengan perangai ibubapa khususnya yang sudah tua. Sabar! Itu syurga dan neraka awak.
Ketika Rasulullah SAW ditanya mengenai kedudukan orang tua :
"Itu kedua ibubapa syurga dan neraka kamu".
Kamu pilih.
Nak syurga kamu taat, dengar cakap, menghormati, jangan hina, jangan membebel.
Nak neraka, jalan..
Nak syurga kamu taat, dengar cakap, menghormati, jangan hina, jangan membebel.
Nak neraka, jalan..
Pilihan ada di tangan sendiri.
Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang menjumpai kedua ibubapanya atau salah satu dari keduanya tak masuk syurga maka dia ialah orang yang jauh dari rahmat Allah".
Ada ibu ada bapa.
Ada ibu tak ada bapa.
Ada bapa tak ada ibu.
Ada ibu tak ada bapa.
Ada bapa tak ada ibu.
Tak masuk syurga!
Orang itu memang dah teruk sangat. Jauh dari rahmat Allah.
Kenapa?
Sebab orang ini, si anak ini telah melepaskan peluang untuk masuk syurga.
Berbakti kepada orang tua, dapat pahala tak?
Dapat!
Nak masuk syurga perlu dosa atau pahala banyak?
Pahala!
Makanya ibubapa ini adalah antara saluran kita untuk mengumpul pahala tetapi telah disia-siakan oleh kita.
Ada anak yang sanggup menderhaka pada ibubapa. Apakah ada kebaikan atau keburukan jika menderhaka?
Hakikatnya, ianya suatu bala!
Menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah antara asbab turunnya bala, di dalam sebuah riwayat,
"Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:
1)Apabila harta rampasan bertukar tangan.
2)Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
3)Apabila zakat dianggap sebagai denda.
4)Apabila Ibu diderhakai.
5)Apabila kawan lebih diutamakan.
6)Apabila bapa diabaikan.
7)Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
8)Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
9)Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
10)Apabila orang jahat dimuliakan kerana takut kepadanya.
11)Apabila lelaki memakai sutera.
12)Apabila lelaki meminum arak.
13)Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
14)Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.
15) Apabila suami mentaati perkataan isteri.
Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.
[Hadis Riwayat At-Tirmizi]
1)Apabila harta rampasan bertukar tangan.
2)Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
3)Apabila zakat dianggap sebagai denda.
4)Apabila Ibu diderhakai.
5)Apabila kawan lebih diutamakan.
6)Apabila bapa diabaikan.
7)Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
8)Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
9)Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
10)Apabila orang jahat dimuliakan kerana takut kepadanya.
11)Apabila lelaki memakai sutera.
12)Apabila lelaki meminum arak.
13)Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
14)Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.
15) Apabila suami mentaati perkataan isteri.
Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.
[Hadis Riwayat At-Tirmizi]
Terdapat sebuah pesanan daripada Sheikh Abdullah Al jahaf bagaimana hendak kita berakhlak kepada orang tua kita.
"Ibu bapalah yang melahirkan dan menjaga kepada kamu, lebih baik kamu bertanyakan khabar mereka hari-hari. Seseorang berkata, "Eh, hari-hari?" Ya, sepertimana kamu hari-hari mesej dengan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan isteri-isteri mu. Mesej lah ibu bapa kamu juga."
"Nak ke mana-mana hantarlah mesej kepada ibu bapa mu. "Saya di restoran", "Saya di office". Kenapa tak nak buat dengan ibu bapa kamu macam ni?" Mak, saya nak pergi kerja, doakan saya". Tak perlu call, mesej sahaja. Kalau mereka tiada handphone, belikanlah untuk mereka macam handphone isterimu. Buat untuknya whatsapp."
"Supaya apa? Supaya hari-hari boleh mintak doa dari ibumu. Barakah! Barakah! Ulama kata, orang yang ibu bapanya masih hidup tak perlu dia mintak doa daripada sesiapa pun. Tidak perlu. Malaikat Allah berkata kepada anak Adam yang ibu bapanya masih hidup."
""Wahai anak Adam, jalanlah sahaja. Maka sesungguhnya Allah memeliharamu dengan barakah doa ibu bapamu." Tetapi apabila ibu bapamu sudah meninggal, para malaikat berkata kepadamu; "Wahai anak Adam, berusahalah sungguh-sungguh. Buat kebaikan dan mintalah doa daripada orang-orang soleh dan para ulama."
"Maka sesungguhnya pintu doamu sudah tertutup. Maka buatlah pintu yang lain." Maknanya apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya, bermusafir atau pergi kerja. Telefon ibumu. "Mak doakan saya."
Saya nampak Habib Umar hari-hari sebelum dia buat apa-apa selepas Qiammulail, solat Subuh, Wirdul Latif kalau dia musafir dia akan call ibunya."
Saya nampak Habib Umar hari-hari sebelum dia buat apa-apa selepas Qiammulail, solat Subuh, Wirdul Latif kalau dia musafir dia akan call ibunya."
"Hari-hari call ibu dia. "Sihat? Apa khabar? Doakan saya, saya di tempat sekian." Lebih daripada isteri-isterinya.
Ibu bapa barakah! Doa mereka makbul. Dan ulama kata, kalau seseorang ibu bapanya masih hidup, dia masih kecil walaupun umurnya sudah seratus tahun. Saya pernah dalam satu kelas dengan Habib Masyhur."
Ibu bapa barakah! Doa mereka makbul. Dan ulama kata, kalau seseorang ibu bapanya masih hidup, dia masih kecil walaupun umurnya sudah seratus tahun. Saya pernah dalam satu kelas dengan Habib Masyhur."
"Habib Masyhur adalah abang kepada Habib Umar yang berumur tujuh puluh tahun keatas dan ketika itu ibunya masih hidup. Suatu hari kami sedang belajar dengan beliau, kitab Fiqih.
Dia berkata; "Tahukah kamu sebenarnya saya masih kecil. Walaupun saya sudah berumur tetapi hakikatnya saya masih kecil. Selagi ibu saya hidup, saya masih kecil." Benar, apabila dia duduk dengan ibunya, Subhanallah."
Dia berkata; "Tahukah kamu sebenarnya saya masih kecil. Walaupun saya sudah berumur tetapi hakikatnya saya masih kecil. Selagi ibu saya hidup, saya masih kecil." Benar, apabila dia duduk dengan ibunya, Subhanallah."
"Memang macam kanak-kanak, cium tangan, cium lutut dan kaki ibunya. Duduk macam kanak-kanak dengan ibunya. Barakah! Pintu syurga di bawah kaki ibu. Doa ibu makbul. Tiada hijab antara doanya dengan Allah سبحانه وتعالى. Ambillah peluang! Bagi orang yang ibu bapanya masih hidup, pintu syurga di sisi mereka. Rahmat Allah di sisi mereka! Pintu rezeki zahir dan batin di sisi mereka!"
"Sebelum pergi mana-mana kalau malu nak call, hantarlah mesej. "Ibu tolong doakan saya, saya nak pergi kerja", "Ibu tolong doakan saya, saya di sini", "Ibu, Alhamdulillah saya sudah balik daripada kerja" Kita buat dengan isteri kita macam ni. Pergi restoran hantar mesej. Pergi kerja hantar mesej. "Sudah makan ke?", "Makan apa?", "Tengah buat apa?" tetapi ibu bapa kita lupakan. Tak bolehlah macam ni."
"Macam mana yang kamu buat dengan isterimu, buatlah dengan ibumu. Barakah! Allah سبحانه وتعالى memeliharamu dengan barakah ibu bapamu. Kepada yang ibu bapa masih hidup, semoga Allah panjangkan umur mereka Insya Allah."
"Semoga Allah سبحانه وتعالى berikan kesihatan dan keafiatan kepada mereka. Kepada ibu bapa yang sudah meninggal, semoga Allah سبحانه وتعالى, jadikan roh-roh mereka bersama para syuhada, siddiqin dan ariffin. Amin. Insya Allah."
Hari ini kita lihat anak muda sibuk dengan gajet masing masing. Tetapi! Masih tidak menghubungi ibubapa masing masing.
Kita lihat bagaimana perasannya orang yang bercinta, selalu mahu berhubung. Maka soalan saya ialah :
Tidak cintakah kamu pada ibubapa kamu? Kerana di dalam hati tiada keinginan yang kuat untuk terus menerus menghubungi mereka!
Astagfirullah.. Sudah ada alat penghubung masih berkelakuan seakan ianya tiada.
Daripada pesanan Syeikh itu dapat kita sedari suatu keuntungan yang besar buat si anak yang masih punya ibubapa. Maka kenapa si anak tidak melihat ini sebagai suatu keuntungan yang besar dan memanfaatkannya? Mengapa saya mengatakan ini suatu keuntungan yang besar? Sebab kita dapat doa secara lengsung dari ibubapa kita berbanding dengan yang sudah tidak punya ibubapa.
"MIntaklah doa daripada orang-orang soleh dan para ulama". Nampak? Bukan ibubapa sebab ibubapa sudah tiada maka beruntunglah bagi yang masih punya.
Dikisahkan tentang ibu Al Habib Umar ben Hafidz, yang diceritakan oleh al habib Ali al Jifri
"Ibu kepada guru dan murabbiku Al Habib Umar Bin Hafidz, iaitu Al Arifah Billah, seorang ahli ibadat, zuhud Sharifah Zahra Binti Abdullah Al Haddar Bin Al Syeikh Abu Bakar Bin Salim telah kembali ke rahmat Allah Taala.
Beliau adalah di antara wanita paling sabar dan ikhlas di zaman ini. Suaminya Al Imam Muhammad Bin Salim Bin Hafidz telah ditangkap oleh pihak komunis kerana beliau telah menentang kezaliman mereka.
Oleh itu, Al Habbabah Zahra bersabar dalam mendidik anak-anaknya seramai 8 orang dengan pendidikan terbaik berdasarkan konsep ketakwaan dan sifat soleh. Semoga Allah membalasnya kerana ketabahannya. Anaknya paling besar adalah Al Habib Ali Masyhur, iaitu Ketua Majlis Fatwa Tarim, di Hadhramaut.
Anak termuda pula adalah guruku Al Habib Umar. Anak cucu beliau lelaki dan perempuan begitu gigih di dalam menuntut ilmu. Ramai dari mereka telah menjadi graduan dari pusat-pusat pendidikan sekitar Tarim dan Al Azhar As Syarif.
Al Habbabah Zahra dikenali sebagai seorang yang banyak zikirnya, qiyamullail, puasa berterusan. Beliau juga banyak melakukan sedekah dan perbuatan baik secara tersembunyi.
Apabila seseorang dicela di dalam majlisnya, beliau akan terus memotong kata-kata itu dengan berkata : semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan kepadanya serta memelihara hati dan lidah kita.
Setiap kali saya meminta beliau untuk berdoa, beliau akan menyebut dengan tulus dan tawadhuk : Kenapa saya? Kenapa dengan doa saya wahai anakku? Saya ini tiada kedudukan dan tidak penting. Saya ini yang memerlukan kepada doa, kerana saya adalah orang yang lalai.
Setiap kali beliau berdoa, beliau akan turut mendoakan menyertakan doa untuk Umat Islam di dalam doanya itu. Beliau akan mendoakan dengan kebaikan untuk umat secara umum dan secara khusus bagi mereka yang sedang menghadapi musibah.
Semoga Allah merahmatinya serta menempatkannya dalam Syurga Firdaus yang tertinggi. Semoga Allah juga menjadikan anak cucunya serta kita sebagai kebaikan setelahnya"
Firman Allah SWT :
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
[ al isra : 23]
Ibu bapa adalah nikmat yang besar daripada Allah, doa ibu bapa itu lebih makbul daripada doa para wali, jika sang ibu tidak redha ke atas anaknya, maka doa seribu orang wali sekalipun tidak dapat membantu si anak kecuali ibunya telah mengampunkan dirinya, semoga kita menjadi anak yang soleh.
loading...
0 Response to ""Ibu Bapa. Mereka Adalah Syurga Dan Nerakamu" Tazkirah dari Habib Ali Zaenal abidin Al-hamid Yang sangat Menyedarkn."
Post a Comment