9 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Jika Terperangkap Dalam Kebakaran





Kes-kes kebakaran rumah atau pejabat adalah sesuatu yang boleh dikatakan kerap berlaku di negara kita. Sama ada ia disebabkan oleh kecuaian sendiri, perbuatan khianat mahupun faktor cuaca seperti terlalu panas atau dipanah petir, kematian boleh dielakkan jika tahu apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi detik-detik cemas itu.

Antara kes terbaru adalah kes kebakaran di USJ pada Februari lalu yang telah meragut 4 nyawa.

Ramai di antara mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan insiden tersebut, yang akhirnya meragut nyawa mereka.  Antara penyebab kematian ketika terperangkap di dalam bangunan yang terbakar adalah terbakar hampir keseluruhan bahagian badan, sesak nafas akibat asap toksik, dan juga dihempap oleh objek berat seperti dinding atau syiling.

Iluminasi.com ingin berkongsi tips apa yang perlu anda lakukan dan jangan lakukan, jika terperangkap di dalam bangunan atau rumah yang terbakar.


1. Bertenang

Ini adalah perkara asas yang paling penting apabila berhadapan dengan situasi cemas. Tak kiralah melibatkan kes kecemasan apa sekalipun, termasuk ke lemas atau kemalangan, anda perlu bertenang. Ya, memang tidak mudah untuk bertenang, tapi mahu tak mahu, anda perlu bertenang.

Jika anda panik, anda tidak akan dapat berfikir dengan baik dan akan melakukan kesilapan. Ia tidak akan dapat membantu apa-apa malah hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Selain itu, panik akan membuatkan jantung anda berdegup lebih deras, dan membuatkan anda lebih cenderung untuk menyedut asap toksik.


2. Berkumpul
 
Jika terdapat orang lain di dalam bangunan itu seperti ahli keluarga atau rakan-rakan atau sesiapa sahaja, cuba untuk berkumpul di tempat yang lebih selamat. Ini bagi memastikan tiada siapa yang hilang dan menyukarkan proses menyelamatkan diri.


3. Selamatkan diri



Cuba untuk selamatkan diri dengan sepantas yang mungkin jika kebakaran tidak marak dan anda yakin anda boleh selamatkan diri anda. Dan juga, pastikan laluan untuk menyelamatkan diri itu tidak membahayakan nyawa anda. Hanya anda tahu bagaimana untuk selamatkan diri anda kerana anda berada di rumah sendiri. Telefon pihak penyelamat sejurus anda berjaya menyelamatkan diri.


3. Menelefon pihak penyelamat



Jika anda tidak dapat menyelamatkan diri dan keluarga, anda perlu dengan secepat yang mungkin untuk menelefon pihak penyelamat iaitu bomba di talian 911. Perkara ini sangatlah penting kerana jika anda tidak menelefon mereka di saat anda sedar akan jadinya kebakaran, kemungkinan kebakaran itu tidak dapat dipadamkan jika ia merebak.

Pihak bomba pula akan mengambil masa untuk sampai ke lokasi kebakaran. Jadi amat penting untuk menelefon mereka terlebih dahulu sebelum apa-apa berlaku.


4. Merangkak di atas lantai



Asap toksik daripada kebakaran tersebut akan berkumpul di bahagian atas iaitu di syiling. Jadi untuk mengelak daripada menyedut asap berbahaya itu, anda perlu merangkak di atas lantai, dan cuba dapatkan kain atau tuala basah untuk menutup mulut dan hidung anda.


5. Elakkan berada dekat dengan dinding
Jika anda berada hampir dengan dinding, ia akan membahayakan diri anda jika dinding tersebut tiba-tiba runtuh akibat kebakaran dan menghempap anda. Cuba untuk duduk di tempat yang paling lapang yang boleh.


6. Padamkan api pada badan jika ada


Jika pakaian yang anda pakai terbakar, anda perlulah bertindak dengan segera. Jika anda lambat, api tersebut akan membakar anda dan boleh menyebabkan kematian. Caranya, jangan panik, berhenti serta-merta (jika anda bergerak), jatuhkan badan anda ke atas lantai, dan gulingkan badan anda. Dengan cara ini api tersebut akan terpadam dengan lebih cepat.


7. Halang udara toksik



Bagi mereka yang tinggal apartment dan berada di tingkat yang agak tinggi semasa berlaku kebakaran, jangan cuba untuk panjat keluar melalui tingkap. Jika anda terperangkap di dalam bilik, tutup pintu bilik dan gunakan selimut atau pakaian dan tutupkan ruang di bawah pintu untuk menghalang asap toksik daripada masuk ke dalam bilik anda.


8. Tarik perhatian orang / ahli bomba di luar
Jika kebakaran terlalu besar dan anda tak dapat keluar daripada kebakaran itu, cuba untuk berada di tingkap yang berdekatan supaya mereka di luar boleh nampak anda. Buang segala barang yang mudah terbakar seperti langsir, daripada tingkap tersebut, dan cuba untuk melambai-lambaikan kain atau apa sahaja untuk menarik perhatian pasukan penyelamat. Kalau boleh, gunakan kain yang berwarna cerah.


9. Jangan kembali ke tempat kebakaran
Jika anda berjaya selamatkan diri anda, jangan sesekali cuba untuk masuk kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar. Ia hanya akan membahayakan nyawa anda. Serahkan tugas menyelamat kepada mereka yang bertauliah dan berpengalaman. Anda sudah lakukan yang terbaik.


Langkah pencegahan
Sentiasa memeriksa keadaan pendawaian elektrik di rumah anda. Jika terdapat kerosakan, gantikan dengan segera. Jangan tinggalkan peralatan elektrik di tempat yang boleh terkena air atau terdedah kepada kanak-kanak.

Juga amat penting untuk memastikan soket elektrik tidak terbeban secara berlebihan dengan peralatan elektrik seperti peti ais dan mesin basuh dipasang bersama. Kebanyakan kebakaran berpunca daripada muatan elektrik yang berlebihan.

Semoga artikel ini dapat memberikan persediaan mental dan fizikal kepada kita jika berdepan dengan situasi cemas ini.


ANDA MUNGKIN MEMINATI








loading...

0 Response to "9 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Jika Terperangkap Dalam Kebakaran"

Post a Comment