Terapi taubat oleh Ustazah Norhafizah Musa










Kenapa perlu sentiasa bertaubat/beristighfar?

-dijamin kemurahan rezeki oleh Allah.
Contoh rezeki: dipermudahkan urusan, dikurniakan isteri & anak yg baik.
-agar dapat istiqamah dalam ibadah kita, terutamanya qiamulail.
Sufyan atThawri: Aku tak pernah meninggalkan qiyamulail. Tapi pernah sekali aku tidak qiam selama 5 bulan. Aku merasakan aku tidak bangun ketika itu kerana sebuah dosa. Sahabat bertanya apakah dosa itu. Dia menjawab, dia pernah melihat seseorang menangis dalam solatnya dan terlintas dalam hatinya bahawa hamba Allah itu riak. Dia merasakan inilah dosanya bersangka buruk dan dia menerima padahnya kehilangan nikmat beribadah di malam hari selama 5 bulan.

MasyaAllah, hebatnya para sahabat. Baru terlintas di hati. Kalau kita, mungkin dah terlalu banyak dosa yang kita dah lakukan, baik dalam hati mahupun dalam lisan dan amalan.

Dalam kisah sahabat lain pula, ketika dia ingin menaiki untanya, untanya jadi liar. Dan ketika dia pulang, isterinya pula berperangai buruk. Lalu terlintas di hatinya akan kemaksiatan yang dilakukannya sehingga menyebabkan binatang tunggangannya dan isterinya menjadi kurang baik.

Kaedah bertaubat 5M
1. Mengakui dan menyesali dosa yang kita lakukan.
Persediaan lain sebelum bertaubat: ilmu. Daripada ilmu, kita akan dapat kesedaran.
Cuba pandang & kira umur kita, sejauh mana kita kenal Allah..

2. Memohon ampun atas segala dosa.
3. Memiliki tekad yang kuat agar tidak terjerumus kembali.
 Imam ghazali: perasaan takut kepada Allah akan membantu menguatkan keazaman.
4. Mengganti maksiat dengan taat. Seorang sahabat bertemu Rasulullah dan memberitahu bahawa dia pernah mencium wanita. Rasulullah memalingkan mukanya kerana tidak suka akan maksiat yang dilakukan.
Turun ayat Hud:114 yang ditujukan kepada sahabat tersebut dan maksiat yang seangkatan dengannya.

5. Mengembalikan hak org lain. Minta halalkan.

credit: http://musafirullah.blogspot.my 

anda mungkin meminati: 







loading...

0 Response to "Terapi taubat oleh Ustazah Norhafizah Musa"

Post a Comment