Cara nak tinggalkan maksiat?
Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa
yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila
berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak
ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya
tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta
mengulangi maksiat tersebut.
Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara
ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau
secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta
sesal menghantui fikiran kita.
Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang
kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan
maksiat? Sampai bila wahai kawan?!
Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba
salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang
menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan,
semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang
berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD
untuk BERUBAH.
Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat
mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah
lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi
“pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya
kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang
lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya.
Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu,
sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang
lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini
memberi manfaat walaupun pada seorang insan.
3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah:
1)Sejauh mana taubatmu?
2)Hukum Diri kita
3)Jangan buat dosa terang-terangan
SEJAUH MANA TAUBATMU?
Ramai yang bertanya, ramai yang luahkan, ramai yang
terganggu, ramai yang sedih, ramai yang lemah semangat bila terfikir tentang:
“Adakah taubatku di
terima andai aku masih mengulangi dosa-dosa ku?”
Perasaan bersalah ini menyelubungi diri ramai orang.
Pelbagai bentuk soalan yang di ajukan bagi menenangkan hati yang gelisah.
Antara soalan yang di ajukan kepada saya yang membuatkan saya terkedu:
“Ustaz, saya memang nak berubah, dan saya ada niat nak
berubah. Saya selalu menyesal dengan dosa yang saya lakukan, tapi masalahnya,
saya masih tak dapat berubah! Seolah-olah ada benda yang menghalang saya…..”
“Ustaz, saya pernah berjanji untuk tak nak ulangi dosa saya,
tapi saya tewas...”
“Ustaz, macamana cara nak hilangkan benda-benda kotor dalam
fikiran kita..?”
“Ustaz, macaman nak jauhi maksiat? Beritahulah pada saya.
Saya akan usaha untuk berubah dengan nasihat ustaz..”
“Ustaz, andai kita tak menitiskan air mata ketika bertaubat,
adakah taubat kita itu benar-benar ikhlas?”
“Ustaz, saya selalu buat dosa, kemudian taubat, kemudian
saya ulang semula dosa, kemudian taubat. Tapi saya tak tahan dan ulangi dosa
itu semula, kemudian taubat semula. Adakah Allah akan terima taubat saya?”
Dan macam-macam lagi.
Wahai kawan, sejauh mana taubatmu itu betul-betul
ikhlas?Apakah erti taubat? Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa
sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan
bahawa betapa pengampunnya Allah!
1)Taubat maskudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan
memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi
kesilapan tersebut. Itulah 3 rukun
taubat. RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.
2)Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita
doa:
”Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah,
aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!”
Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah
sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf.
KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita
sendiri! Kalau betul kita ikhlas,
perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan
penyesalan kita…
Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan
kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali.
Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.
3)Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya,
namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan
jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat
kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa
yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka
taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang
boleh di buat-buat dan BERLAKON!!
4)Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita
terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat gila-gila. Jatuhnya kita pada
dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum
ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun
sebelum ni kita telah insaf.
Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan
kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla
bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa.
Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi
kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!
*****
Begitulah pengampunnya Allah. Tapi, jangan amik kesempatan!
Namun, bak kata ibn qayyim:
“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu
maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan
dosa…”
Kita tak tahu bila kita mati syeikh, sekali kita mati time
buat maksiat, pergh… Sekali kita mati dalam keadaan kita tak taubat lagi sebab
tangguh, silap besar! Sebab tu lah, jangan tangguh taubat, kalau boleh, lepas
baca entri ni, terus taubat!
HUKUM DIRI KITA
JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN
cREDIT: Ustaz Adnin Roslan
Anda mungkin meminati
loading...
0 Response to "SEJAUH MANA TAUBATMU?? Apabila Engkau Tergelincir Semula Melakukan Dosa Sedangkan Sudah Berulang Kali Bertaubat Dan Bertekad Untuk Tidak Melakukanya Lagi.. Apa Yang Perlu Aku Lakukan??.. huhu"
Post a Comment