Tahu Tak Apa Kesan Makan Bawang Putih Pada Badan Sebelum Tidur?






Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI

Bukan sahaja digunakan pada bahan masakan, bawang putih juga sebenarnya sangat bagus pada kesihatan tubuh badan. Ya, ada fakta yang korang kena tahu, ambil bawang putih sebelum tidur memberi kesan yang sangat bagus pada tubuh badan. Nak tahu apa kesannya? Meh baca kat bawah ni :

Menerusi sumber dari boldsky.com, ini yang kornag perlu tahu mengenai pengambilan bawang putih:

Mencegah pembekuan darah:

Kena tahu, makan bawang putih membantu mencegah darah beku. Selain itu, pembuluh darah yang tersumbat juga boleh dicegah dan melancarkan aliran darah.

Merawat demam selsema:

Ya, kalau korang mengalami hidung tersumbat, makan bawang putih sebelum tidur dan teknik ini akan menyembuhkan demam selsema korang.

Mengurangkan gas dalam perut


Untuk kurangkan gas dalam perut, makanlah bawang putih ! Tapi korang kena tahu juga, pengambilan bawang putih berlebihan boleh menyebabkan bahaya pada perut anda tau

Mencegah barah

Ya, bawang putih mengandungi angen antikanser. Tahukah anda pengambilan bawang putih secara betul sebelum tidur boleh mencegah individu dari mendapat kanser usus?

Menghilangkan ketuat

Bawang putih boleh menghalang ketuat dari tumbuh pada anggota badan. Cara-caranya, ambil sahaja bawang putih dan gosok pada bahagian yang tumbuh ketuat

Menurunkan kolestrol

Bawang putih juga merupakan ubat untuk menurukan kolestrol dalam darah. Selain itu, bawang putih juga boleh mencegah pengumpulan plak dalam arteri.


Berikut merupakan kesan baik sekiranya korang memgamalkan makan bawang putih, tapi kena ingat, selepas makan bawang putih, pastikan gogok gigi tau untuk menghalang dari mulut berbau!

Credit: sinar fm







loading...

0 Response to "Tahu Tak Apa Kesan Makan Bawang Putih Pada Badan Sebelum Tidur?"

Post a Comment