Duduk bawah shower memang seronok! Tambah-tambah bila cuaca
sejuk mandi pula air panas, fuh nikmatnya lah.Tapi yang tak kita sedar adalah
ada kesilapan yang kita buat semasa mandi yang sebenarnya merosakkan kulit kita
tau. Apa dia?
#1. Air shower terlalu panas
Air panas menjadikan kulit kering dan tidak stabil. Ia
meningkatkan aliran darah, yang sering membawa kepada erythema, radang, dan
ruam.
#2. Mandi terlalu lama
Masa yang sesuai dan yang paling lama hanyalah 10 minit je
#3. Kerap sangat dan terlalu banyak pakai syampu dan sabun
badan
Sebenarnya kebanyakkan shower foam yang banyak buih tu buat
kulit kita kering. Kalau perasan selepas mandi mesti rasa kulit sedikit tegang.
#4. Guna span badan yang dah lama atau masih basah/lembab
Tahu kan bila lembab bakteria suka sangat duduk?Try tuka
sebulan sekali atau keringkan selepas digunakan.
#5. Keringkan badan terlalu kasar
Selepas mandi, keringkan badan menggunakan tuala yang
lembut. Jangan keringkan sampai habis, biarkan ia lembab sedikit dan sapukan
lotion atau body cream.
Sumber: Brightside
loading...
0 Response to "5 Kesilapan Yang Kita Buat Masa Mandi Yang Rosakkan Kulit"
Post a Comment