HUKUM DIRI KITA
Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara
ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan
cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara
ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.
Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut”
kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA
MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!
Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang
merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila kita buat maksiat, ia
merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi, bila kita mengHUKUM
diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak
memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:
1)Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita
akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan
baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50
kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan
denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”
2)Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula
ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda
kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan abca
quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat merugikan syaitan dan
meningkatkan iman kita berganda-ganda!!
3)Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang
bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa
contoh IQOB yang sahabat buat:
“Ada sorang sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun,
tiba-tiba time tengah solat tu, dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan
dia tak khusyuk. Lepas habis solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan
dia menyesal. Lantas, dia hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada
orang islam!!!!”
Dan banyak lagi. Takut panjang, orang malas baca:)
4)Saya mahu kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini ,
sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan
fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali
kita buat maksiat!
****
KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID
Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA.
Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya
kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid
buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah
untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali
ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki
selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!
Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih
pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum
Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:
“Aku IBLIS!”
Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:
“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”
Iblis jawab:
“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan
semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua
ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan
semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama
ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!
:)
KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI(ULAMA’ DAHULU KALA)
Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir
jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang yang
kejut dia, lantas orang tu jawab:
“Aku IBLIS!”
Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:
“Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”
Iblis jawab:
“Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau
akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut
kalau kau mengajar ribuan orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja
aku nanti!”
:)
*****
Entry ini Adalah Sambungan Dari Cara Nak Tinggalkan Dosa: SEJAUH MANA TAUBATMU?? Apabila Engkau Tergelincir Semula Melakukan Dosa Sedangkan Sudah Berulang Kali Bertaubat Dan Bertekad Untuk Tidak Melakukanya Lagi.. Apa Yang Perlu Aku Lakukan??.. huhu
loading...
0 Response to "Meninggalkan Maksiat Dengan Menghukum Diri Kita Dan Memanipulasikan Syaitan!!"
Post a Comment