pic from: mi.alraudha |
Nama sebenarmu ialah
Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah, dilahirkan di Mekah.Ayahmu Walid bin
Al-Mughirah (ketua Bani Makhzum). Adalah sebuah suku daripada suku bangsa
Quraisy. Dirimu berbadan tegap, berbahu lebar,berjanggut tebal, berhati dan
watak ketenteraan,seorang juara gusti , suka main tombak,lembing, busur dan
pedang.Penunggang kuda yang sangat handal.
Dalam pertempuran Mu'tah Panglima Khalid mengambil alih tampuk pimpinan
tentera Muslim, dengan pasukan tentera Islam seramai 3,000 orang mampu
mengalahkan Empayar Byzantine(Rom) yang seramai 200,000 tentera. Selain dari
pertempuran Mu'tah banyak lagi pertempuran yang engkau terlibat . Antara
ratusan peperangan yang engkau ikuti ialah pertempuran Hunain, pengepungan
Taif, menyertai kempen Tabuk. Perang Yamamah, perang Yarmuk dan lain-lain lagi
peperangan.
Engkau adalah antara panglima Islam yang memainkan peranan penting
mengepalai peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom dan Parsi pada
kurun ke 7. Berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam tempuh 3 tahun
sahaja.Ini satu pencapaian yang sungguh ajaib dan luar biasa. Engkau berbangsa
Arab keturunan Quraisy. Pernah menentang
Nabi dalam perang Uhud, akhirnya memeluk agama Islam dan memohon maaf kepada
Nabi atas tindakanmu sebelum ini.
Engkau digelar "SAIFULLAH
AL-MASLUL" yakni "PEDANG ALLAH YANG TERHUNUS". Gelaran ini
Baginda Rasul anugerahkan kepadamu kerana dirimu berjaya menyelamatkan
tentera-tentera Islam daripada dibunuh musuh. Bahkan Baginda Rasulullah
bersabda"Wahai Khalid engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah. Dalam
peperangan Yamamah, Panglima Khalid berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir
"ALLAHU AKBAR!!...Marilah kita berebut-rebut mencium bau syurga",
maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat dan hebat. Anak panah bersimpang
siur dan mayat bergelimpangan.Ramai tentera Islam syahid dalam perang Yamamah
ini.
Engkau adalah sahabat Nabi yang sangat disayangi Nabi.Juga seorang
pahlawan Islam yang sangat digeruni musuh-musuh Allah. Engkau sangat diberi
kepercayaan oleh Khalifah Allah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.dalam
mengetuai pasukan tentera muslimin bertahun-tahun lamanya. Engkau juga diberi
amanah untuk memerangi puak Murtad dan engkau juga ditugaskan membunuh
Musailamah bin Al- Kazzab yang mengaku Nabi beserta pengikut-pengikutnya.
Terlalu banyak jasa-jasamu untuk Islam.Dikaulah panglima Islam yang sangat
berani dan handal.Keberanianmu bagaikan singa atau harimau di medan perang.
Siapa sahaja musuh-musuh terjatuh di hadapanmu tidak akan terselamat dari
pedangmu.
Wahai Panglima Khalid RA,kagumnya aku dengan keperkasaan dan
ketangkasanmu memerangi musuh-musuh Allah dengan pedangmu. Benarlah engkau
"SAIFULLAH". Orangnya sangat kuat hinggakan digelar (Al-Qawiyyul
Amin)yang kuat dan amanah. Sangat lasak, tidak tahu rehat,tidur atau
baring,sangat kuat semangat dan berhati waja. Kemampuanmu tidak ada
tandingannya, sangat taat, sangat berbaik sangka dengan pemimpin atau khalifah
di atasmu.
Buktinya engkau dipecat sebagai seorang ketua panglima perang disaat
engkau sedang hebat bertarung di medan juang oleh Khalifah Umar Al-Faruq dan
digantikan dengan sahabat baikmu Sayyidina Abu Ubaidah Ibn Jarrah,engkau terima
perlucutan jawatan ini dengan tenang sekali. Dengan tenang engkau menyerahkan
jawatanmu kepada Sayyidina Ubaidah Ibn Jarrah, tanpa merajuk, tanpa prajudis,
tanpa dendam, tanpa sakit hati, tanpa buruk sangka pada Khalifah Umar sedikit
pun.
Dalam masa yang sama semangat juangmu tetap utuh dan kental. Walaupun
engkau telah dipecat dan dilucutkan jawatan , namun dirimu tetap berjuang dan
berperang serta membunuh musuh-musuh Allah seperti biasa. Semangat juangmu tidak
luntur dan berganjak walaupun seinci jua. Engkau tetap membantu tentera Islam
menakluk negara-negara dan kuasa-kuasa besar yang gagah, hingga jatuh
terjelapak di bawah kekuasaan Islam. Ikhlas sungguh hatimu dalam menegakkan
agama Allah dan menumpaskan musuh Islam, sewaktu dirimu dipecat oleh Sayyidina
Umar engkau berkata "aku bukan berjuang kerana Umar tetapi aku berjuang
kerana Tuhan kepada Umar".
MasyaAllah...mulianya hatimu,berjuang bukan
kerana jawatan tetapi kerana Allah semata-mata. Engkau wahai Sayyidina Khalid,
tidak pernah kalah dalam peperangan menentang musuh,engkau sentiasa menang dan
terus menang. Di zaman jahiliah sebelum engkau menyertai pasukan Nabi, engkau
berjaya mengalahkan umat Islam dalam peperangan Uhud. Sehingga dikatakan dalam
sejarah Islam, lukanya Baginda Nabi dalam peperangan Uhud adalah angkara engkau
wahai Panglima Khalid. Namun demikian engkau telah menebus segalanya itu dengan
bermati-matian mempertahankan agama Allah dan menebas musuh-musuh Allah dengan
pedangmu.
Satu-satu musuh Allah tersungkur di telapak kakimu, terutamanya dalam
perang Mu'tah di mana kedudukan umat Islam hampir-hampir tewas dalam
pertempuran Mu'tah, akhirnya engkau mengatur strategi yang hebat akhirnya
tentera Islam dapat diselamatkan. Dalam perang Mu'tah tentera Islam yang
sedikit bertembung dengan tentera Rom seramai 200,000 orang memang
nyaris-nyaris menerima kekalahan, setelah bendera Islam silih berganti bertukar
tangan dari Zaid bin Harithah,Jaafar bin Abu Talib, Abdullah bin Rawahah
semuanya syahid, maka bendera Islam disambar oleh Thabit bin Arqam dan terus
pantas menyerahkan kepada Panglima Khalid maka automatik Panglima Khalid
menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah
kerana tentera Islam sudah terlalu ramai yang gugur syahid dan yang tinggal
tidak mampu untuk bertahan lagi.
Waktu zaman jahiliahmu,dirimulah yang
menyebabkan umat Islam kalah dengan teruk dalam peperangan Uhud.Di atas
kecuaian tentera pemanah dari pasukan tentera muslimin yang tidak mendengar
arahan Baginda Nabi,supaya jangan tinggalkan pasukan pemanah dari atas bukit,
tetapi pasukan tentera pemanah turun juga dari atas bukit kerana tergoda dengan
harta ghanimah . Akhirnya engkau dengan
tangkasnya mengambil kesempatan di atas kelemahan tentera muslimin, engkau
mengepung gunung Uhud dan tentera Islam, maka itulah sejarah yang paling buruk
bagi kaum muslimin dalam sejarah peperangan.
Akhirnya setelah engkau
meninggalkan alam jahiliah mu dan menjadi orang kuat kepada Baginda Nabi ,
engkau terus menjadi "Pedang Allah". Tidak sekali pun engkau kalah
dalam bertempur melainkan kemenangan demi kemenangan walaupun tentera muslimin
bersamamu hanya 10 orang tentera yang beriman yang menjual dunia demi akhiratnya
menentang 100,000 orang tentera Rom , Akhirnya Tuhan memberi power yang luar
biasa serta Izzah kepada Sayyidina Khalid dan 10 orang tentera Islam ini. Maka akhirnya mereka dengan bilangan yang
amat sedikit mampu menewaskan tentera Rom(musuh) dengan jayanya. Akhirnya
engkau (Sayyidina Khalid) tetap kembali dengan seribu kemenangan. Engkau juga
terkenal sebagai pakar jalan, pakar pecut kuda,pakar strategi,pakar segala
pakar.
Bukti betapa tangkasnya dirimu wahai Sayyidina Khalid,sewaktu hendak
perang bermula di Iraq sempat engkau pecut kuda dari Iraq sampai ke Mekah,
untuk menunaikan haji. Bila selesai haji ,engkau berpatah balik ke Iraq untuk
berperang, Setengah para sahabat tidak perasan ketiadaanmu seketika. Begitu
sekali licitnya dirimu wahai Sayyidina Khalid.
Pernah berlaku dalam sejarah,
Tentera Rom sudah mengepung tentera Islam,bila engkau mendapat tahu akan hal
ini, engkau memecut kudamu dan pergi ke Syam menyelamatkan tentera Islam
tersebut. Ternyata usahamu diizinkan Allah.Misi
itu berjaya. Khalifah umar memecatmu (Sayyidina Khalid) kerana ingin menjaga
hati umat Islam supaya jangan merasakan perang menang kerana Khalid.Demi
menjaga hatimu juga , Sayyidina Umar lakukan ini semua.
Hebatnya engkau wahai
Panglima Khalid Ibn Walid, sehinggakan mana-mana Kota yang tentera Islam tidak
boleh masuk, engkau (Sayyidina Khalid) mampu dan boleh redah masuk dan terus
menawan kota tersebut. Sehinggakan Sayyidina Umar akhirnya berkata:-
"Sayyidina Abu Bakar lebih kenal Khalid dariku". Engkau wahai
Sayyidina Khalid,adalah seorang panglima Islam mati di atas katil, ditempat
tidurmu, tidak mati dibunuh musuh.
Persoalannya sekarang, kenapa Sayyidina
Khalid tidak mati syahid? Sedangkan sabda Rasulullah adalah jenazah orang yang
mati syahid tidak dimandikan, kerana darahnya akan menjadi saksi dan
bersyahadah di hari kiamat. Habis bagaimana dengan Panglima Khalid, mati atas
katil tempat tidurnya bukan mati di medan jihad? Seorang sahabat menjenguk
panglima Khalid seraya panglima Khalid berkata...
"Tahukah engkau, ketika
Sayyidina Umar menurunkan Jabatanku?pada awalnya aku sangat kecewa tetapi
sekarang aku sedar bahawa apa yang Sayyidina Umar lakukan adalah tindakan yang
sangat tepat, kerana dia mahukan yang terbaik padaku.dan aku tidak lagi merasa
kecewa lagi terhadap Sayyidina Umar".
Hampir saat-saat kewafatanmu , orang-orang
yang menziarahimu , engkau menunjukkan tanganmu dan tidak ada sejengkal jarak
pun di tanganmu kecuali ada bekas luka,dan apabila engkau menunjukkan tangan
kanan kirimu, menunjukkan dada dan kakimu sambil berkata, "lihatlah aku ,
aku bertempur dalam ratusan peperangan, banyak pertempuran , akan tetapi aku
sakarat di tempat tidurku".
Para sahabat menenangkanmu dan menghiburkanmu
dengan berkata padamu " Wahai Khalid!!,,, bukankah baginda Rasulullah telah
mengelarkanmu pedang Allah?. Maka tidak mungkin kau gugur dalam
pertempuran,kerana jika kau gugur dalam pertempuran, bererti pedangnya Allah
telah berhasil dipatahkan oleh orang-orang kafir. Sedangkan pedangnya Allah
tidak boleh dipatahkan atau di kalahkan oleh pihak musuh kerana ini akan
menjatuhkan maruah dan kewibawaan pedang Allah yakni "SAIFULLAH".
Begitu sekali betapa Maha Hebat dan Maha Bijaksananya Allah menetapkan kematian
Panglima Perang Khalid Ibn Walid R.A, wafatnya di atas katil di tempat tidurnya.Maha
suci Allah melakukan ini sia-sia. Firman Allah yang membawa maksud:- (Janganlah
kamu mengira orang yang gugur di jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup
di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Ali Imran :169
Demi Allah setiap orang
yang mati syahid dari umat ini akan bersaksi untuk Panglima Khalid Ibn Walid RA
matinya adalah syahid walaupun matinya di tempat tidurnya. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Ketika
wafatnya Panglima Khalid di Hims Syria, para wanita dari Bani Makhzum keluar
dan menangis. Kata ibu Khalid dalam puisinya setelah wafatnya Khalid, "Kau
lebih baik dari jutaan orang.Ketika musuh-musuhmu terjatuh di hadapanmu. kau
lebih berani daripada seekor singa atau harimau. Kau lebih dermawan daripada
banjir yang mengalir menuruni gunung".
Kata Sayyidina Umar kepada ibu
Panglima Khalid," engkau adalah benar. Kata-katamu terhadap Khalid adalah
benar". Sedangkan ratusan
peperangan demi peperangan Panglima Khalid sertainya. Tidak ada 1 inci , 1 jarak
pun tubuh badannya dari hujung rambut hingga hujung kuku yang tidak terkena
pedang, tombak, anak panah, semuanya tinggal parut dan kesan-kesan luka. Pada 4
tahun terakhir kehidupanmu, engkau diturunkan pangkat dan tidak dibenarkan lagi
ke medan perang. Ini adalah ujian terbesar untukmu wahai Panglima Khalid Ibn
Walid. Selama itulah dirimu memenuhi masa lapangmu dengan membaca Al- Quran.
Sedari fajar hinggalah ke zohor. Engkau berkata " jihad telah menghentikan
aku dari belajar Al- Quran".
Sejak dari hari itu engkau belajar Al- Quran ,
membaca Al- Quran dan menangis terus menerus kerana takutkan Allah.
MasyaAllah.... hebatnya ketaqwaanmu wahai hero penyelamat dan jaguh bagi umat
Islam. Semuga sejarahmu wahai Panglima Khalid Ibn Walid menjadi suri tauladan
kepada umat Islam sejagat. Betapa dirimu sanggup hancur luluh tubuh badanmu
demi mempertahankan agama Allah di atas muka bumi ini. Dengan memaparkan kisah sejarah silammu ,
semoga diriku juga mendapat keberkatan dari Allah dunia dan akhirat. Amin Ya
Rabbal A'alamin.
anda mungkin meminati
- Kisah Nabi Khidir Menelan Bukit dan Sebuah Mangkuk Emas
- Nabi Luth Dan Azab Kepada Kaumnya Yang Homosexual
- Sumayyah wanita pertama mati syahid
loading...
0 Response to "Pedang Allah Yang Terhunus-Khalid Ibn Walid R.A "
Post a Comment