Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin
Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari
Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama
Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut
agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan
Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga
mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang
mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh
pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu
besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada
bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat
bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa
melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu
Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima
berhala-berhala sebagai tuhan kamu,”
Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat
tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada
tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah
hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi
SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut
daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh
orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah
dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia
mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga
tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di
tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah
Yasir dan Sumayyah dengan bengis. “Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar
merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal
lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat
seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan
agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu
terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang
seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran
berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu.
Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada
keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu
Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit
Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum
menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi
mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah
pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam
sejarah Islam.
sumber: nursyirah.wordpress.com
anda mungkin meminati
Video Persembahan Hijaz Menyanyikan lagu Sumayyah yang membuatkan para juri menitiskan air mata.
anda mungkin meminati
Video Persembahan Hijaz Menyanyikan lagu Sumayyah yang membuatkan para juri menitiskan air mata.
loading...
0 Response to "Sumayyah wanita pertama mati syahid"
Post a Comment