BAPA saudara mangsa, Mohd Rahmat Othman menunjukkan kesan
peluru penabur di bahagian peti ais dan pintu belakang rumahnya. - Foto Sharul
Hafiz Zam
|
24 April 2017
ALOR SETAR: Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang cedera terkena tembakan sesat dilepaskan pemburu burung ayam-ayam, semalam, akan mengambil tindakan undang-undang.
Bakar Saad, 45, berkata
tindakan itu adalah sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya lebih
berhati-hati ketika mengendalikan senjata. "Sebagai bapa, saya akui marah
dengan kejadian ini.
Anak saya yang tidak berdosa terkena tembakan ketika
sedang makan di dapur rumah bersama keluarga. "Akibatnya, anak saya cedera
dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya. Dalam kejadian
di Kampung Lubok Keriang, dekat Lesong di Langgar, di sini, kira-kira jam 6.30
petang semalam,
Nur Syahida Bakar, yang juga anak kedua daripada empat beradik
cedera terkena peluru penabur selepas tembakan dilepaskan pemburu burung
ayam-ayam tersasar ke arah dapur rumah mangsa.
Ketika kejadian, mangsa bersama
keluarganya sedang makan di dapur rumah.
loading...
0 Response to "Alor setar: Seorang Kanak-kanak Berusia 12 Tahun Cedera Terkena Tembakan Sesat Mendapat Rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). "
Post a Comment