Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah
Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu' melakukan ibadah,
tiba-tiba terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat
di dinding Kaabah.
Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di
dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika
Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Satu ketika ratusan
ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran
melayang dan terusmelekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat
ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.
Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi,
seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik
sahaja tiba di pintu depan kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain
menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas.
Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali
Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang
menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata
baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi botol minyak wanig - Petikan Warta
Perdana.
loading...
0 Response to "Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah"
Post a Comment