Baca 11 Doa Ini Semasa Memasak. Insyaallah Anak Takkan Degil Dan Melawan Cakap Kita !! Baca Dan Sebarkan..
Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia.
Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan
ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya
masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?
Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata
tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya
adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang
wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.
Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi
menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria
dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.
Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi
untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih
sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya
berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima
keuntungan.
Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu
memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima
(keuntungan).
Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang
baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh
dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.
Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati
melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.
Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar
ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan
fizikal dan mental keluarga.
Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh
diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.
1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan
urusan memasak.
2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang
bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan
persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang
bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah
kekal.”
4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang
bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71
yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu
betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah
dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya".
Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina
yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka
tidak melaksanakan perintah itu.”
6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang
bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya
orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137
yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak
masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk
mendapatkan keberkatan.
9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam.
Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa
surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah
dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu
mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan
istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh
Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak
terpuji yang menyenangkan hati.
loading...
0 Response to "Baca 11 Doa Ini Semasa Memasak. Insyaallah Anak Takkan Degil Dan Melawan Cakap Kita !! Baca Dan Sebarkan.."
Post a Comment