Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk
Elak Kanser Payudara
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit
kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit
kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi
usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit
kanser payudara berkurang.
Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia.
Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit
kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di
bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.
Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan
risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah
dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin
kesihatan yang baik berpanjangan.
Ketahui lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak
penyakit kanser payudara bagi perempuan.
1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan
sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis
cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel
kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis
cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat
membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.
2. Limau gedang
Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan
bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan.
Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus,
kelenjar, payudara dan servik.
3. Kacang tanah dan jem mentega kacang
Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu
dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser
payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.
4. Beri
Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling
bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi
dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak
kanser.
5. Salmon
Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada
penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan
penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan
risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.
loading...
0 Response to "Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara"
Post a Comment