Habbatus Sauda, Ubat Penawar Semua Penyakit Kecuali Mati





Habbatus Sauda

Habbatus Sauda adalah makanan tambahan atau suplemen daripada bijian tumbuhan yang digelar the black seed, jintan hitam atau habbah barakah.

Pengambilan Habbatus Sauda mampu memusnahkan sel tumor dengan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan B cell.

Habbatus Sauda mampu bertindak sebagai antibiotik iaitu agen pemusnah virus bagi penyakit cirit-birit, kolera, radang paru-paru, penyakit kulit termasuk kudis dan bisul.

Pengambilan secara berterusan mampu menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan daya ingatan, serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak selain memperbaiki pengaliran darah ke otak.

Ini bukannya omongan kosong sebaliknya disokong pelbagai kajian saintifik. Antaranya, kajian pakar perubatan dari Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, Amerika Syarikat, University Munich Germany, Kings College London, Departmen of Biology Riyadh, College of Medicine King Faisal University, University of Colombo, Amerika Syarikat.

Malah, tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Sina dalam karya, The Canon of Medicine, turut menyatakan kehebatan Habbatus Sauda.

Namun, pengiktirafan paling besar ialah riwayat daripada Imam Bukhari melalui sabda Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Habbatus Sauda itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati


Credit: Sentiasa panas.com

anda mungkin berminat







loading...

0 Response to "Habbatus Sauda, Ubat Penawar Semua Penyakit Kecuali Mati "

Post a Comment