Tips Suami Isteri Bahagia Yang Mesti Para isteri dan suami ketahui





Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan mahligai cinta yang di bina kekal hingga ke Jannah. Adat perkahwinan, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.

Sesekali berselisih faham adalah norma perkahwinan tetapi sekiranya dibiarkan berterusan tanpa jalan penyelesaian boleh menjadi virus yang melumpuhkan kebahagiaan suami isteri.


romantik



Perkongsian tips kebahagiaan suami isteri ini diharap mampu memberi sedikit panduan untuk setiap pasangan yang sudah atau bakal berkahwin memanfaatkannya untuk kebahagiaan bersama.
suami penyayang

Tips Untuk Suami

Ramai suami yang terlupa untuk memanjatkan doa dan wajib tanamkan niat untuk menjadi suami yang terbaik. Anda tidak mungkin menjadi suami yang yang cemerlang tanpa niat dan doa kepada yang Esa.
Yakin dan bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Percaya dan yakin bahawa pasangan anda pelengkap hidup anda dan pilihan yang terbaik, kerana pasangan anda ketentuan Ilahi.
Pastikan anda membentuk peribadi yang positif dan istimewa. Jadilah suami mithali kebanggaan isteri, tanya diri apakah peribadi anda yang boleh dibanggakan oleh isteri.
Walau bagaimana penat sekalipun, setiap hari pulanglah dengan senyuman dan bersemangat. Senyuman suami, kebahagiaan isteri dan anak-anak, dan InshaAllah rahmat Allah akan turun.

peranan isteri

Tips Untuk Isteri

  1. Memainkan peranan sebagai isteri dengan seimbang, jadilah isteri yang dambaan suami tetapi dalam masa yang sama jadilah kekasih, kawan, penyokong, perangsang, pendengar, pendidik, dan pendoa.
  2. Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal selagi tidak melibatkan kemungkaran
  3. Layan setiap keperluan suami dengan ikhlas dan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami hubungan intim amat penting kerana ia adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang.
  4. Fahami karenah suami, gunakan gerak hati yang sedia ada di dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan harapan suami tanpa perlu diucapkan.


Perkara asas yang perlu diutamakan ialah DOA, dekatkan diri dengan yang maha kuasa, panjatkan doa mohon kebahagiaan, semoga rumahtangga yang dibina dilimpahi rahmat kebahagiaan.

doa bahagia suami isteri
Credit: liezazainal







loading...

0 Response to "Tips Suami Isteri Bahagia Yang Mesti Para isteri dan suami ketahui"

Post a Comment