10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri





gambar hiasan

Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai, padahal, bercinta bertahun-tahun.

Maka, kali ini kami ingin berkongsi tentang 10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri yang banyak dilakukan terhadap isteri, yang mungkin menjadi sebab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia.

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid dan nifas, berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Malah, ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan.

Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Ini semua adalah kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan pula oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang di perintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan”. Al-Quran, Surah At-Tahrim:6

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengabaikan perkara ini kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya.

Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara.

Antara lain yang dapat dilakukan adalah dengan menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama.

Kaset/cd ceramah agama, mengajak isterinya menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb. Yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah bersama-sama.

2. Suka Mencari Kekurangan dan Kesalahan Isteri

Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati pelbagai kekurangan isteri dan kemudian akan mencela isterinya.

Malah, suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.

Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah: “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” H.R. Muslim

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
  1. Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman. (Sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
  2. Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie. (Sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq: 1
  3. Memukul wajah, mencela dan menghina.


Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa dia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya?

Nabi s.a.w menjawab: “Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan dan tidak menghajar (boikot) kecuali di dalam rumah.” H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” Muttafaq ‘alaih

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga

Inilah kesalahan yang paling banyak menjangkiti para suami. Padahal lelaki yang paling utama yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah rha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab: “Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” H.R. Bukhari

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” H.R. Muslim

Dalam hadis ini, diharamkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur.

Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerana Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb.

Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda: “Ada 3 perkara yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi sehinggakan kadang-kadang mengarah kepada penceraian.

Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini.

Malah, harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian dia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” H.R. Muslim

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at

Bernikah untuk kali kedua, ketiga dan keempat merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini telah menerapkannya dengan tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” Al-Quran, Surah An-Nisa: 3

Sikap ini merupakan keadilan yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, perkara ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat.

Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan

Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan oleh orang ramai.

Dia membiarkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain.

Malah, sebahagian orang bangga kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang.

Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan bukan untuk di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” Lihat dalam ash-Shahihah : 226

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” Lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Al-Hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al-Hamwu adalah kematian.” Muttafaq ‘alaih

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri): “Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.


Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah







loading...

0 Response to "10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri"

Post a Comment