Dalam badan kita terdapat satu organ yang berbentuk seperti
kacang, iaitu buah pinggang. Setiap orang dikurniakan sepasang buah pinggang.
Setiap satu daripadanya bersaiz lebih kurang sebesar penumbuk, dan terletak
betul-betul bawah tulang rusuk bersebelahan dengan tulang belakang. Fungsi
organ ini adalah mengekstrakkan bahan buangan daripada darah, mengimbangi
cecair dalam badan, menghasilkan air kencing dan membantu fungsi badan yang
lain.
Buah Pinggang Sihat vs Buah Pinggang tidak sihat
Fungsi Buah Pinggang
Setiap hari, badan kita akan menapis 113 hingga 140 liter
lebihan cecair, air kencing dan bahan buangan. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan lambakan bahan buangan di dalam badan. Buah pinggang juga
mengekalkan tahap elektrolit dalam badan. Ia juga menghasilkan hormon-hormon
yang mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan
kekuatan tulang.
Jadi, amatlah penting untuk kita memastikan buah pinggang
kita sentiasa sihat. Kita tidak akan dapat mengetahui sama ada buah pinggang
kita sihat ataupun mengalami kerosakan. Oleh itu, kita perlu mengambil
langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kerosakan buah pinggang.
Kami kongsikan 10 tabiat yang menjadi kelaziman, yang boleh
memberikan tekanan kepada buah pinggang kita setiap hari. Tabiat-tabiat ini
boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada buah pinggang jika dibiarkan
berlaku.
1. Kurang minum air
Antara tugas penting buah pinggang adalah membuang toksin
dan bahan buangan seperti tahi keluar dari badan kita. Jika anda tidak minum
air dengan cukup, bahan buangan dan toksin akan mula terkumpul di dalam badan.
Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan teruk pada badan.
2. Pengambilan garam berlebihan
Untuk berfungsi dengan baik, badan kita memerlukan natrium
(garam). Namun, natrium yang terlebih boleh menyebabkan kemudaratan. Mereka
yang mengambil jumlah garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan kepada
buah pinggang, dan juga akan meningkatkan kadar tekanan darah.
3. Pengambilan gula berlebihan
Saintis telah membuktikan bahawa mereka yang mengambil 3
atau lebih minuman bergula sehari lebih terdedah untuk menyebabkan protin
keluar melalui air kencing. Jika protin keluar melalui air kencing, ia adalah
petanda awal yang buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.
4. Kerap tahan kencing
Mungkin bunyinya pelik, tapi boleh katakan semua orang pernah
melakukan ini. Kadang-kadang anda sedang berada di dalam kenderaan awam, atau
sedang berada di dalam peperiksaan dan tidak mahu membuang masa, anda terpaksa
menahan kencing. Menahan kencing dengan kerap boleh menambahkan tekanan, yang
kemudiannya boleh menyebabkan penyakit batu karang atau kegagalan buah
pinggang. Apabila berasa hendak kencing, jangan tunggu lagi.
5. Kekurangan vitamin dan mineral
Makan makanan yang sihat amat penting untuk badan kita,
bukan saja untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik, malah penting untuk
buah pinggang. Terdapat beberapa kekurangan nutrisi yang boleh menyumbang
kepada penyakit batu karang dan kegagalan buah pinggang, seperti magnesium dan
vitamin B6.
6. Minum kopi terlalu banyak
Kafein boleh memberikan tekanan tambahan kepada organ ini
dan meningkatkan tekanan darah, sama seperti garam. Jika kita terlalu banyak
minum kopi, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
7. Pengambilan protin dari sumber haiwan yang berlebihan
Mengambil terlalu banyak protin dari sumber haiwan seperti
daging lembu boleh menambah beban metabolik pada buah pinggang. Semakin banyak
protin dari sumber haiwan yang kita makan, semakin kuat buah pinggang kita
perlu bekerja. Ia akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang lalu
mengakibatkan kerosakan.
8. Tidur yang kurang
Kekurangan tidur yang kronik dikatikan dengan masalah
kesihatan, termasuklah penyakit buah pinggang. Semasa kita tidur, badan kita
bekerja untuk membaiki tisu buah pinggang, yang kemungkinan rosak. Jadi,
kekurangan tidur menyebabkan buah pinggang kita sukar untuk sembuh.
9. Penyalahgunaan ubat tahan sakit
Ubat yang dipreskripsi yang kita selalu ambil untuk menahan
sakit sebenarnya sangat tidak baik untuk buah pinggang. Jika anda mengambil
ubat tahan sakit tanpa pengawasan, ia boleh mengakibatkan kerosakan serius pada
buah pinggang, dan juga kerosakan pada hati.
10. Minum alkohol terlalu banyak
Sesetengah orang suka mengambil minuman alkohol untuk berseronok.
Namun jika anda minum 3 hingga 4 gelas beberapa hari seminggu akan meningkatkan
risiko kerosakan pada buah pinggang kerana alkohol memberikan tekanan kepada
hati dan buah pinggang.
Jadi, sebelum terlambat, lebih baiklah kita menjaganya
dengan baik. Walaupun kita masih boleh bertahan hidup jika satu daripada dua
buah pinggang kita terpaksa dibuang, kita tidak boleh seaktif sepertid dahulu.
Mencegah itu lebih baik daripda merawat.
Sumber asal : World Health Choice
loading...
0 Response to "10 Tabiat Penyumbang Sakit Buah Pinggang, Antaranya Kerap Tahan Kencing"
Post a Comment