Sebut sahaja Korea, ramai membayangkan wajah gadis comel dan
cantik, bukan? Bila cerita tentang bertukar agama atau memeluk islam, rata-rata
adalah atas sebab perkahwinan atau pun dorongan rakan.
Tetapi berlainan pula dengan gadis berusia 22 tahun ini yang
dikenali sebagai Ayana Moon. Sejak kecil lagi Ayana telah menunjukkan minat
terhadap Islam dan mendorongnya untuk mempelajari agama dan seterusnya memeluk
Islam.
“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang
meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan internet mencari
Iraq di internet,”.
“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk
(Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan
perkataan ‘Islam’ sangat comel.
“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari internet
dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan
mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang.”
Sumber : Sinar.FM
baca juga
loading...
0 Response to "Tertarik Dengan Keindahan Islam, Wanita Korea Memeluk Agama Islam."
Post a Comment