Dengan muka yang innocent, dan berbadan kecil, anda pasti
tidak menyangkakan apa-apa yang luar biasa mengenai remaja ini. Remaja genius
yang beragama Islam ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun beliau merupakan
salah seorang daripada kanak-kanak terbijak di Britain, yang diambil menjadi
tenaga pengajar di sebuah universiti mengajar orang dewasa dalam bidang
matematik.
Yasha Asley, 14, diambil bekerja oleh Universiti Leicester
kerana kebolehannya memahami permasalahan matematik dan dapat menerangkan
dengan sangat jelas. Selain mengajar, beliau juga merupakan pelajar ijazah
sarjana muda di universiti tersebut. Tugas Yasha adalah untuk mengajar tutorial
setiap minggu kepada pelajar dewasa. Beliau merupakan pelajar termuda di
universiti tersebut, dan juga pekerja termuda.
Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawarkan bekerja
ketika beliau berumur 13 tahun, mengalahkan pemohon dewasa. Pegawai pentadbiran
perlu memohon kepada majlis bandaraya Leicester untuk kebenaran khas untuk
mengambil beliau bekerja kerana umurnya yang terlalu muda. Tutorial yang diajar
Yasha setiap minggu adalah untuk pelajar dewasa yang memerlukan bantuan dan
tunjuk ajar menyelesaikan soalan.
"Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam
hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja
baru saya membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaians seragam sekolah pada saya.
Saya sangat berterima kasih,"
- Yasha Asley
Yasha yang juga digelar sebagai "manusia
kalkulator", sekarang berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung
pelajaran di tahap PhD apabila tamat kursus. Pelajar pintar ini bersekolah di
sekolah rendah di negeri itu sebelum mendapat tempat untuk belajar di tahap
ijazah sarjana muda dalam bidang matematik ketika hanya berusia 12 tahun pada
2014.
Beliau merupakan pelajar pertama di dunia yang mendapat gred
A dalam matapelajaran matematik dalam A Level dengan mendapat markah 100 dan 99
dalam 2 kertas daripada 6 kertas peperiksaan ketika beliau hanya berusia 8
tahun. Beliau lulus A Level dalam mata pelajaran matematik dan statistik ketika
berumur 9 dan 10 tahun.
Selepas menamatkan tahun 6 di sekolah rendah beliau terus
sambung belajar di universiti. Dengan pencapaian beliau, Yasha berkata :
"Saya amat menyukai matematik kerana ia sains yang
tepat. Ianya adalah satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda
cakap itu betul. Ia juga sangat mudah dan subjek yang seronok untuk
dipelajari,"
- Yasha Asley
Bapa bertuah, Moussa Asley, 53, yang membesarkannya
bersendirian di rumah mereka di Leicester berkata, anaknya dialu-alukan oleh
kakitangan dan pelajar universiti.
Bapanya yang menghantar Yasha setiap hari ke kuliah berkata,
"Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan
sesuatu yang dia sangat suka. Yasha sangat pintar dalam memahami sesuatu
masalah dan menerangkan dengan sangat jelas membuatkan dia sangat bersesuaian
dengan kerja tersebut,"
Credit: iluminasi
anda mungkin meminati
- Tukang Gali Kubur Ini Pengsan Saat Mayat yang Akan Dikuburnya Bertanya
- WARNING PENTING!! RuPaNya Ini SeBaB MenGaPa MenGuaP SaNgaT TiDaK DiSuKaI ALLAH. SaNgAt DaHsYaT KeSaNNyA.
- Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah
loading...
0 Response to "Remaja Muslim Berusia 14 Tahun Yang Digelar 'Manusia Kalkulator' Ini Adalah Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester"
Post a Comment