Tidak semua orang bertuah mempunyai dan merasa kasih sayang
seorang kakak. Kakak adalah seseorang yang mampu membimbing dan melindungi kita
selain daripada ibu dan ayah.
Sangat beruntung jika anda mempunyai seorang kakak yang
menyayangi dan mengambil berat tentang anda. Berikut antara kelebihan-kelebihan
mempunyai seorang kakak yang patut anda hargai sentiasa.
Anda boleh membuatnya
marah
Dengan kelebihan ini, boleh saja anda bergurau dan
mengusiknya.seorang kakak yang baik tidak akan mudah marah jika adiknya
melakukan kesalahan kecil.
Usik dan buat lah dia marah sekali pun, anda masih dapat
merasa kasih sayangnya. Berbeza jika dengan rakan-rakan, mungkin saja anda akan
dipulaukan.
Dia membantu anda mendapatkan peluang pekerjaan
Mempunyai seorang kakak bermakna mempunyai saluran yang baik
untuk dalam hubungan profesional. Kawan-kawannya mungkin menjadi supervisor
anda, jadi anda beruntung apabila ingin mendapatkan pekerjaan. Malah, dia
sentiasa tahu pembukaan internship yang hebat berbanding orang lain.
Penasihat fesyen yang jujur
Sebagai kakak yang lebih tua, pastinya dia lebih arif
tentang fesyen berpakaian. Sebelum anda keluar rumah, dia akan memberikan komen
yang jujur tentang fesyen anda. Dan jika dia berada dalam mood yang baik, dia
mungkin akan menawarkan pakaiannya untuk anda.
seorang yang bertanggungjawab
Anda boleh mengharapkan dia melakukan kerja yang anda tidak
mampu lakukan. Minta pertolongan nya, pasti dia akan membantu tanpa banyak
soal. Itu tanda dia seorang kakak yang Bertanggungjawab.
Membuatkan anda terkenal di sekolah
Mempunyai kakak yang cantik dan bijak di sekolah adalah
salah satu kelebihan dimana si adik juga akan dikenali dan mempunyai pengaruh
di sekolah. Seronok kan?
Dia adalah guru kehidupan anda
Kakak anda akan memberikan nasihat terbaik untuk diri anda.
Sebagai kakak yang lebih tua, dia akan mengajar anda dalam banyak benda dan
akan menegur anda jika anda tersalah langkah. Itu tandanya dia sayangkan
adiknya.
Dia rakan sepermainan ketika kecil
Dia lah rakan anda dirumah, bermain bersama, makan bersama
bahkan mandi juga bersama. Tiada yang rapat dengan kita selain dia.
Bersyukur lah kerana dapat merasa kasih Sayang dari seorang
kakak. Tidak semua berpeluang merasainya.
Sumber : Nakbebel
anda mungkin meminati
- 5 Tanggungjawab Seorang Perempuan Terhadap Orang Tua Setelah Menikah
- Saya Pesan Pada Para Lelaki Dan Suami, Jagalah Isterimu Sebaik Mungkin Kerana Syurga Dan Nerakanya Terletak Pada Redhamu.
- 10 Sifat Isteri Yang Memurahkan Lagi Rezeki Suami
loading...
0 Response to "Mempunyai Kakak adalah Satu Anugerah Terindah Dari Ibu Bapa yang Allah Beri."
Post a Comment