10 Sifat Isteri Yang Memurahkan Lagi Rezeki Suami
Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan
penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki
itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui
kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan
sebagainya.
Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki
kepada suami itu?
#1 – Baik Agamanya
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan
hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama
pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi.
Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama
dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan
bertambahnya rezeki kepada para suami.
#2 – Sentiasa Tawakal Kepada Allah
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah
akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Surah at-Thalaq:3)
Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada sesiapa
sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal.
Oleh itu, sekiranya seorang isteri bertawakal kepada Allah
s.w.t walaupun dia hanya seorang suri rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu
melalui suaminya.
#3 – Sentiasa Bersyukur
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari
(nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Surah Ibrahim:7
Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah
s.w.t adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya. Isteri
yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang diperoleh.
Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih. Apabila
suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan suaminya
juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah s.w.t.
#4 – Taat Akan Suaminya
Wajib kepada seorang isteri untuk mentaati suaminya kerana
syurga bagi setiap isteri adalah pada suaminya.
Isteri yang taat juga mendorong bertambhanya rezeki kepada
suami dan keluarganya kerana rumahtangga yang aman dan damai menjadikan setiap
proses hidup berjalan lancar dan bahagia.
#5 – Takutkan Allah Dan Bertaqwa
Janji Allah, sesiapa saja yang hamba-Nya bertaqwa akan
mendapatkan jaminan rezeki dari-Nya. Bahkan akan mendapat rezeki yang tak
disangka-sangka. Firman Allah
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan
mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.”
Surah at-Thalaq:2-3
#6 – Mendoakan Suaminya
Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan suaminya.
Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.
Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah s.w.t,
lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa
dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya
akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku
kabulkan.”
Surah Ghafir:60
#7 – Gemar Bersedekah
Sedekah adalah perbuatan yang akan menambah rezeki oleh
Allah s.w.t. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah, akan
dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.
Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah s.w.t. Jadi
isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada suaminya pula.
Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya
itu pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan
turunnya rezeki yang bertambah-tambah.
#8 – Banyak Beristighfar
Istighfar adalah punca kepada datangnya rezeki. Tidak
kiralah sesiapa saja, jika dia banyak beristigfar Allah akan menurunkan rezeki
kepadanya.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada
Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan
hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan
untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu.”
Surah Nuh:10-12
#9 – Menjaga Silaturahim
Seorang isteri yang sentiasa menjaga silaturahim sam ada
keluarganya, ataupun rakan-rakannya mahupun keluarga atau rakan suaminya,
sangat membantu dalam membanyakkan rezeki suaminya. Ini kerana sesiapa yang
memutuskan silaturahim sebenarnya telah menyekat rezeki Allah s.w.t.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan
umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.”
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
#10 – Melazimi Dhuha
Solat sunat Dhuha merupakan solat penambah rezeki. Sekiranya
seorang isteri mendirikan solat ini setiap hari sudah pasti dapat menambah
keberkatan rezeki untuk suaminya. Allah s.w.t berfirman;
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat
di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”
Hadis Riwayat Ahmad
Oleh itu, setiap isteri mestilah menanam azam untuk menjadi
pembantu suami yang paling setia, iaitu dengan menjadi isteri yang dapat
menambah rezeki dan keberkatan rezeki itu.
Jangan pula menjadi isteri yang membebankan suami.
Sesungguhnya keredaan Allah juga terdapat dalam keredaan suami.
loading...
0 Response to "10 Sifat Isteri Yang Memurahkan Lagi Rezeki Suami"
Post a Comment