Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك
) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang
terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat
pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga
dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan
juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari
telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak
akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat
Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi
Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam
Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya
sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di
dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi
lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula
ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang
mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang
yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam
Syurga.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di
hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab
api Neraka.”
.
.
2. Menyelamatkan
daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab
datang pada sisi kakinya untuk memberi
hukuman. Kakinya berkata; “kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat
dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan
perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang
dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini
menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al
Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya
dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada
mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti
untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah
itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu
bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca
surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak
datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh
engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah
SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur.
Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka
beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan
satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya
terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi
SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa
kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk
berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah
mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku
sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga
seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
.
.
4. Mendapat
Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk,
nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang
cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk
terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya,
nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi
oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Sumber: Shafiqolb
loading...
0 Response to "Khasiat Surah Al-Mulk Sangat Menakjubkan"
Post a Comment