KURANGKAN MINUM AIR SOYA! Mengapa?
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis
dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh
golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan
oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya
mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum
wanita.
Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer)
di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam
kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia
yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika
diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu
komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama
isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)
Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan
senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone,
yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti
kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna,
mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan
kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid
mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat
besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang
banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut
dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih
berbanding kekacang lain.
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang
membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang
merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di
deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang
menjalani proses penapaian ialah tempe .
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak
yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu
tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang
disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi
diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu
mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk
bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan
wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih
cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan
soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut
menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan
soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang
kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Sumber: Bukhairiah
loading...
0 Response to "KURANGKAN MINUM AIR SOYA JIKA ENGGAN MENGHIDAP CANCER!! "
Post a Comment