gambar hiasan |
Bersahur adalah perkara sunnah yang amat dituntut buat umat
Islam yang berpuasa terutamanya di bulan Ramadhan. Walaupun ianya sunat, tetapi
amatlah besar lebihannya. Makan sahur memberikan diri kita bertenaga untuk
berpuasa dan mendapat ganjaran pahala kerana menghidupkan sunnah
Rasulullah ﷺ. Ibadah puasa juga akan menjadi sempurna. Bagi mereka
yang terlupa niat puasa, waktu sahur akan mengingatkannya.
Namun, kebanyakan
daripada kita akan bangun setiap kali waktu sahur. Malangnya mereka akan tidur
semula sebaik sahaja selesai makan. Tidur selepas makan sahur sebenarnya amat
berbahaya untuk kesihatan. Antaranya..
1. Menganggu Sistem Pencernaan Makanan
Setelah memakan makanan ketika sahur, sistem pencernaan
memerlukan beberapa jam untuk mencerna dan menyerap nutrisi yang ada di dalam
makanan tersebut. Ketika seseorang tidur setelah makan (sahur), apalagi dalam
keadaan terlentang, pencernaan menjadi lambat atau sulit bekerja. Akibatnya,
timbullah sakit di ulu hati dan panas yang melarat ke dada dan kerongkong
kerana meningkatnya asid dalam perut. Elakkan berehat-rehat dalam kedudukan
berbaring kerana menghalang proses pengosongan perut.
2. Tercetusnya Refluks
Refluks adalah penyakit yang timbul akibat kelemahan dari
injap antara perut dan kerongkong. Hal ini menyebabkan asid dalam perut naik ke
bahagian kerongkong dan menimbulkan gejala berupa rasa ‘terbakar di dada’. Ia
terjadi disebabkan tarikan graviti. Di antara tanda refluks adalah ketika
seseorang terjaga dari tidur setelah sahur ia merasakan tekaknya panas dan
mulutnya terasa pahit.
Kesan sampingan dari refluks, boleh menyebabkan kerongkong
luka kerana makanan yang masuk ke perut akan menjadi sangat berasid. Jadi
ketika makanan kembali ke pangkal kerongkong,asid tersebut akan melukai
dinding-dindingnya. Dinding kerongkong tidak sekuat perut yang boleh bertolak
ansur asid yang kuat. Para doktor menyarankan tempoh waktu antara makan dan
tidur adalah dua jam.
Namun, Rasulullah ﷺ
menyarankan kita agar mengisi waktu setelah sahur dengan solat atau dikir dan
setelah Subuh berzikir hingga matahari terbit. Untuk tidur sejenak, Baginda
memilih waktu siang yang dikenal dengan istilah ‘qailulah’.
3. Serangan Stroke
Tidur setelah sahur dipercaya meningkatkan resiko terkena
stroke. Berdasarkan penelitian ditemukan bahwa orang yang memiliki jeda paling
lama antara makan dan tidur mempunyai risiko terendah terkena stroke.
Sebaliknya, orang-orang yang memiliki jeda paling singkat antara makan dan
tidur memiliki resiko lebih tinggi terkena stroke.
4. Sakit Kepala
Jika anda tidur.. ketika bangun, bahagian leher akan terasa
sakit dan kaku, bahkan terkadang bukan kesegaran yang dapat dirasakan, tapi
sebaliknya. Sakit kepala bahagian atas atau kepala bahagian belakang. Tidur
pagi menyebabkan serebrospinal bergerak ke otak. Inilah yang menimbulkan sakit
di kepala. Ia memudaratkan jika anda
tidur lagi usai sahur atau menjelang pagi.
5. Menganggu Pengeluaran Hormon
Gaya hidup tidur selepas makan juga akan mengganggu pusingan
biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan
ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi
sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi antara
jam lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon
kortisol pada jam tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula..
pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari
berpuasa.
Selain berbahaya dari segi kesihatan, tidur setelah sahur
juga menyebabkan terhalangnya pintu rezeki seseorang. Sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Abu
Daud, Rasulullah berdoa:
“Ya Allah, berkatilah umatku di
waktu paginya.”
Mereka yang tidur selepas subuh akan kehilangan keberkahan
yang disebutkan dalam doa Nabi ﷺ.
Keberkahan dalam ayat itu menunjukkan makna yang luas. Secara umum maknanya
adalah bertambahnya kebaikan.
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat
subuh. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis sohih mengenai larangan
tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai
tidur selepas subuh adalah makruh tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Sumber : infokini.my
loading...
0 Response to "BAHAYA TIDUR SELEPAS MAKAN SAHUR YANG RAMAI TIDAK TAHU…!!!"
Post a Comment