HUKUM berkongsi iklan jualan makanan yang sengaja
menggalakkan individu lain ponteng puasa adalah haram manakala memuat naik
gambar makanan di laman sosial pada waktu yang tidak sepatutnya adalah makruh.
Itu penjelasan Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berhubung
sebahagian perkara yang perlu dielakkan pengguna laman sosial sepanjang
mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadan ini.
Mohd Izhar yang penceramah bebas berkata, bulan puasa
mewajibkan semua umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, namun jika terdapat
sebahagian golongan mengajak atau menggalakkan orang lain berbuka puasa tanpa
sebarang sebab, hukumnya haram.
Beliau berkata, platform laman sosial Facebook dan aplikasi
pesanan seperti WhatsApp kini mula disalah guna golongan tertentu sehingga ada
di antaranya tergamak mengajak orang ramai untuk ponteng puasa.
Menurut beliau, biarpun pihak yang menjual atau menyebarkan
maklumat jualan makanan itu tidak batal puasanya, namun mereka akan menanggung
dosa sekiranya individu lain terpengaruh untuk ponteng puasa.
"Allah SWT menyuruh kita mencari rezeki halal dengan
sumber yang halal. Ramadan, bulan mulia ini seharusnya kita rebut peluang
dengan menggandakan pahala, bukannya mempengaruhi orang lain untuk membuat
perkara mungkar.
"Saya nasihatkan golongan ini perkemaskan amal ibadat
supaya kita terhindar dengan perniagaan yang terpesong. Malah orang ramai juga
dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang boleh menggoyahkan pendirian
pihak lain, biarpun niat hanya sekadar bergurau," katanya.
Ditanya berhubung hukum memuatnaik gambar makanan di laman
sosial ketika Ramadan, Izhar berkata, hukumnya makruh.
"Jika sudah dekat dengan waktu berbuka bolehlah kita
muat naik juadah berbuka. Namun jika dimuat naik pada waktu pagi atau tengah
hari hingga menyebabkan orang lain teringin hingga sanggup ponteng puasa,
hukumnya makruh.
"Seboleh-bolehnya elakkan daripada memuat naik gambar
sedemikian," katanya.
Sumber : MyMetro
loading...
0 Response to "Jangan Ambil Mudah Inilah Hukum Kongsi Gambar Makanan Di Bulan Puasa Yang Ramai Masih Tak Tahu. Mohon Sebarkan..."
Post a Comment