Ramai diantara kita yang tidak begitu mengambil peduli
tentang makanan yang hendak disimpan di dalam peti sejuk. Namun, sedar atau
tidak bukan semua makanan sebenarnya sesuai. Bahkan, ada sesetengah daripadanya
boleh mengundang bahaya kerana kualiti bahan makanan tersebut boleh rosak dan
terjejas.
1. Bawang
Kalau peti ais anda sentiasa berbau dan anda sedang
mencari-cari apa puncanya, mungkin ia disebabkan bawang yang anda simpan. Bau
bawang sememangnya amat kuat lebih-lebih lagi yang telah dipotong atau dihiris.
Selepas ini, simpan bawang dalam bekas sebelum menutupnya untuk disimpan di rak
dapur.
2. Ubi kentang
Amalan menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk tidak baik
untuk kesihatan. Ini adalah kerana kanji yang terdapat dalam kentang tersebut
akan ditukar kepada gula yang juga menjadikannya tidak segar dan kurang sedap
apabila dimakan. Ubi kentang seeloknya disimpan di tempat kering bagi
memastikan kualitinya sentiasa terjaga.
3. Sos
Sos yang disimpan di dalam peti ais menjadikannya pekat dan
sukar untuk dituang semasa hendak digunakan. Malah, ia turut menjejaskan
keaslian rasanya. Maka, sos sebaiknya disimpan pada suhu bilik dan pastikan
penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Ramai yang menyimpan roti di dalam peti sejuk bagi
membuatnya tahan lebih lama. Di sebalik kebenaran itu, tekstur roti akan
bertukar menjadi keras dan kurang enak sewaktu dimakan. Malah, roti tersebut
akan bercampur dengan bau makanan lain yang pastinya buat anda pening kepala.
5. Makanan dalam
tin
Makanan tin yang masih berbaki hendaklah dikeluarkan
daripada bekasnya terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Lebih
elok sekiranya makanan tersebut disimpan di dalam bekas plastik atau kaca yang
berpenutup. Jika tidak, dikhuatiri makanan itu akan bertindak balas dengan
logam tin tersebut.
6. Makanan panas
Makanan yang panas memang tidak elok disimpan dalam peti
ais. Ini kerana ia menghalang pertambahan kelembapan serta mengekalkan suhu
peti ais. Untuk pengetahuan, perubahan suhu di dalam peti sejuk anda mampu
menjejaskan kualiti dan kesegaran makanan lain.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan
manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Bukan sahaja teksturnya akan
berubah, malah ianya turut menyebabkan peti sejuk anda berbau herba.
Sebaliknya, sudah memadai diletakkan pada suhu bilik sahaja.
8. Mentega
Apabila disimpan di dalam peti sejuk, tekstur mentega akan
mengeras. Keadaan ini pastinya menyulitkan apabila anda hendak menggunakan
mentega tersebut. Justeru, ia sepatutnya disimpan dalam bekas berpenutup pada
suhu bilik.
9. Madu
Berbeza dengan roti, madu tidak mempunyai tarikh luput maka
ianya tidak perlu disimpan dalam peti ais untuk tahan lama. Biarpun elok untuk
diletakkan dalam suhu bilik, sila pastikan ianya tidak disimpan di tempat yang
terdedah dengan haba bagi menjaga rasa dan kualitinya.
10. Bahan bukan
makanan
Kalau anda bukan salah seorang daripadanya, jangan pula
terkejut. Memang benar, ada segelintir yang menyimpan barangan seperti kosmetik
dan bunga segar di dalam peti ais. Jika ada rakan atau keluarga anda yang
melakukannya, segeralah menyuruh mereka berhenti kerana bahan makanan yang
tercemar sememangnya berbahaya.
BACA JUGA
- 5 Cara Agar Lebih Kuat Untuk Berubah. Sebahagiannya Juga Diamalkan Para Artis Yang Telah Berhijrah. ALHMDULILLAH..
- WAH TERNYATA SIMPLE SANGAT MEMBERSIHKAN KARANG GIGI KALAU TAHU CARANYA !!
- Hanya Menggunakan KULIT TELUR, Tikus, Siput serta Semut Dah TIDAK DAPAT Masuk Rumah!! Semoga Bermanfaat.
- 8 Bahaya Tidur Sehabis Subuh Bagi Kesehatan
- Tahu Tak Apa Kesan Makan Bawang Putih Pada Badan Sebelum Tidur?
loading...
0 Response to "11 Jenis Makanan Yang Tidak Sepatutnya Diletakkan Dalam Peti Ais Kerana MEMUDARATKAN Kesihatan. No 5 Perkara Yang Sangat BERISIKO Namun Masih Ada Yang Melakukannya. "
Post a Comment