Ja'far meninggal dunia beberapa minit selepas tidak sedarkan
diri. - Foto/Twitter Cat Whisperer
|
SESUNGGUHNYA rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia
Allah. Namun sebagai manusia dan hambaNya, kita pastinya mendoakan dan mahukan
pengakhiran yang baik.
Siapalah kita untuk menentukan. Namun apabila melihat cara
seorang ustaz dan qari dari Indonesia ini dipanggil kembali oleh Tuhan, sedikit
sebanyak ia memberi gambaran bahawa dia pergi dalam keadaan yang husnul
khatimah.
Menerusi satu perkongsian video yang tular di laman sosial,
Ja’far Abdul Rahman sedang membacakan ayat kedua surah Al-Mulk dalam satu acara
di Surabaya, pada Isnin.
Namun alunan bacaan Ja'far semakin lama semakin perlahan,
dan dia kemudiannya pengsan.
Menurut laporan beberapa portal Indonesia, Ja'far meninggal
dunia beberapa minit selepas itu.
Ja'far bukan nama asing dalam acara keagamaan di Indonesia
dan kerap diundang untuk membaca al-Quran.
Ayat kedua surah Al-Mulk menceritakan perihal kematian,
dengan terjemahan penuhnya seperti berikut:
(Allah) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu,
siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun.
Video penuh insiden berkenaan sudah tular di kebanyakan
pengguna media sosial Indonesia, selain dilaporkan oleh portal berita di negara
itu.
Sumber: Berita Awani
Anda mungkin meminati
- Kisah Nyata Mengharukan, Sujud Terakhir di Malam Pengantin dan Ternyata - Membuat Menangis Membacanya!!
- BaCaLaH DoA InI KeTiKa SuJud TeRaKhIr DaLaM SoLaT, KeLeBiHaNYa SanGaT LuAR BiAsA.
- Pernahkah anda Terbangun Pukul 3 Hingga 5 Pagi?? Tandanya Rahmat Allah ini Sampai Kepadamu
loading...
0 Response to "Qari meninggal dunia ketika baca ayat kedua surah Al-Mulk Menjadi Tular di Laman Sosial. Beliau Meninggal Pada 27 Rejab 2017(Isnin) bersamaan Dengan peristiwa Israk Mikraj."
Post a Comment