5. Raja Bomoh (Dunia) teropong MH370
Kisah ini masih baru dan segar di Malaysia di mana seorang
Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin (80 tahun) mampu melihat situasi sebenar yang telah
berlaku kepada pesawat MH370. Walaupun ramai yang menjadikan beliau sebagai
bahan jenaka di laman sosial, namun ada juga segelintir yang percaya dengan
pembohongan beliau.
ibrahim mat zin raja bomoh
Baru-baru ini, Ibrahim Mat Zin juga dikatakan telah
menjalankan ritual bagi mengelakkan nuclear dari pihak kerajaan Korea Utara
dengan hanya menggunakan kelapa dan buluh. Perkara ini memang membodohkan dan
melemahkan lagi mentaliti masyarakat yang mudah percaya dengan perkara-perkara
mistik ini.
Sehinggalah pada tanggal 25 April 2017, barulah tular di
media sosial bahkan di media utama dimana Ibrahim Mat Zin mengaku yang beliau
hanya berbohong kepada semua orang kerana beliau disuruh oleh VIP yang beliau tidak
mahu mendedahkan identitinya. Beliau patut bersyukur dilahirkan sebagai rakyat
Malaysia. Sekiranya beliau dilahirkan di Papua New Guinea, sudah tentu mereka
akan mengatakan beliau adalah seorang ahli sihir dan dibakar hidup-hidup.
Video pengakuan Ibrahim Mat Zin bahawa beliau hanya menipu
orang ramai.
4. Ustaz Arif Cakra Alam manusia elektrik
Kisah mengenai Ustaz Arif ini popular pada tahun 90an. Ramai
yang tertipu dengan muslihat beliau termasuklah artis-artis di Malaysia seperti
Amir Ukays dan lain-lain. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai
"Mahaguru" kerana begitu taksub dengan kehebatan beliau mengalirkan
elektrik melalui badan, makan kaca, dan bermacam-macam lagi.
Apa yang menariknya ialah Ustaz Arif mengaku bahawa beliau
juga adalah pakar dalam ilmu persilatan, dan perubatan Islam. Ini adalah
sentimen yang dimainkan oleh beliau untuk mendapat pengaruh dan kepercayaan
orang ramai. Hal ini berlanjutan hampir sepuluh tahun sehinggalah media siaran
dari Korea datang ke Malaysia untuk menyiasat sendiri tentang keajaiban beliau
pada tahun 2006.
ustaz arif pusat perubatan cakra alam alhikmah
Video berdurasi hampir 20 minit dari media penyiaran Korea
itu (V1, V2)memberi penjelasan yang sangat bagus bagi membuktikan bahawa Ustaz
Arif adalah seorang penipu. Rupa-rupanya beliau banyak mengambil teknik
silapmata dari buku silapmata kuno era 70an. Pusat perubatan beliau di Bandar
Baru Ampang kini telahpun ditutup dan tidak lagi beroperasi.
Video Ustaz Arif dikantoikan oleh rancangan TV Korea
3. Mona Fandey boleh keluar penjara sesuka hatinya
Siapa tidak kenal dengan Mona Fandey, atau nama sebenar
beliau Maznah Ismail seorang penyanyi dan tersenarai sebagai top 10 penjenayah
di Malaysia. Nama Allahyarham mula melonjak naik apabila terlibat dalam satu
kes pembunuhan ahli politik terkenal, Dato Mazlan Idris pada tahun 1993. Beliau
telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001.
Pada waktu ini, media utama banyak memainkan sentimen mistik
ini sahaja kerana kisah-kisah mistik sangat laris dan mendapat sambutan ramai.
Banyak penulis menulis buku tentang Mona Fandey dan kehebatan sihirnya, jin,
dan bermacam-macam lagi.
mona fandey
Pada zaman inilah bagi penulis, zaman yang sangat kritikal
dalam pembodohan masyarakat. DItambah dengan kurang kesedaran tentang matlamat
media. Masyarakat bukannya tahu media hanya mahu mendapatkan keuntungan
semata-mata. Fitnah atau tidak mereka bukannya peduli.
Sehinggalah pada tahun 2015, bekas pegawai penjara yang
pernah menjaga Mona Fandey bernama Sarjan Azizah telah menceritakan hal sebenar
kepada wartawan MalaysianDigest. Sebenarnya tak ada pun perkara-perkara mistik
yang berlaku sepanjang menjaga Mona Fandey. Kisah dia boleh keluar dari penjara
guna jin pun semuanya bohong semata-mata. Selepas kematian Allahyarham Mona
Fandey, cerita mengenai beliau digantung berkali-kali kerana tapi tak mati pula
tersebar.
2. David Copperfield ada perjanjian dengan Ifrit
Kisah ini dipopularkan oleh satu majalah paling sampah
dimuka bumi. Majalah ini sangat gemar memainkan isu-isu khurafat untuk
memperbodohkan masyarakat semata-mata untuk mengaut keuntungan. Penulis tak
mahu sebut nama Majalah itu, biarlah menjadi rahsia. Pada ketika ini, sebut
sahaja nama David Copperfield, pasti anda akan merasa seram sejuk kerana
kononnya David Copperfield memohon pertolongan dari Ifrit untuk melakukan sihir
yang dikaburi dengan nama 'silapmata'.
surat perjanjian david copperfield dengan syaitan ifrit
Anda boleh membuat carian di Google dengan kata kunci
"Copperfield Ifrit". Boleh dilihat banyak blog-blog masih menyimpan
artikel-artikel yang tidak bermoral itu. Ada juga bomoh dan dukun yang mengaku
pernah berkomunikasi dengan jin milik David Copperfield. Hakikatnya kisah
perjanjian dengan syaitan untuk dipentaskan dalam pementasan ini hanya kisah
yang dicilok dari komik Johny Blaze (Ghost Rider) 1972. Kelakar bukan?
Video Mask Magician dedah rahsia David Copperfield
1. Allahyarham Haron Din bawa sekawan jin naik bas
Dan Top #1 untuk carta kisah mistik palsu ini adalah kisah
Allahyarham Haron Din bawa sekumpulan jin naik bas untuk dibuang ke lokasi
tertentu. Kisah ini ada banyak versi. Ada yang kata Haron Din bawa sendiri bas
itu dan ada yang kata ada seorang lagi individu lain yang memandu bas. Paling
best, kisah ini ditokok tambah dengan ajinomoto sesedap rasa kononnya
Allahyarham Haron Din dah pesan kepada pemandu bas agar jangan toleh ke
belakang namun beliau dengan tidak sengaja terpandang cermin pandang belakang
lalu ternampaklah sekawanan jin sedang senyum kepadanya.
Namun bagi pentaksub kisah mistik, mereka tetap mahu percaya
dengan cerita karut marut ini. Mereka (pentaksub) akan mengatakan bahawa kisah
ini sepatutnya menjadi rahsia. Sebab itulah Allahyarham Haron Din tak mahu
mengaku kebenarannya agar masyarakat tak jadi gelabah. Sekiranya anda salah
seorang daripada mereka, Anda adalah parasit kepada masyarakat.
Video Allahyarham Haron Din nafi bawa jin naik bas
credit: iluminasi
ANDA MUNGKIN MEMINATI
- Tukang Gali Kubur Ini Pengsan Saat Mayat yang Akan Dikuburnya Bertanya
- Kisah Benar: Orang Ramai Menyaksikan Al-Quran Terbang Depan Kaabah
- Kita Kini Di Ambang Kehancuran. Persiapkan Diri Dengan Amalan-Amalan Menghadapi Fitnah Akhir Zaman!! Fitnah Dajjal!! Nauzubillah
loading...
0 Response to "Baru-baru ini "Raja Bomoh Malaysia" Telah Mengakui Pembohongan Beliau Pada Seluruh Rakyat Malaysia. 5 PEMBOHONGAN KISAH MISTIK Yang Terkenal Di Malaysia Yang Telah Terbongkar Yang Wajib Diketahui Agar Akidah Umat Islam Tidak Terpesong. "
Post a Comment