Sebagai seseorang yang bekerja makan gaji bulanan, sudah
pasti anda mempunyai banyak perancangan untuk berbelanja. Kadangkala anda juga
banyak terbeli barang yang tidak dirancang apabila rambang mata sewaktu
jalan-jalan membeli belah, lebih-lebih lagi kaum wanita. Tanpa disedari anda
terlebih membelanjakan pendapatan anda. Lebih teruk lagi apabila anda belum
memperuntukkan jumlah untuk membayar hutang, dan gaji anda habis sebelum masuk
gaji bulan seterusnya. Hal sebegini sudah tentu membingungkan anda.
Masalah menguruskan gaji bulanan bukan masalah yang dialami
segelintir orang sahaja. Kebanyakan masyarakat moden sekarang, mungkin juga
anda sendiri, mengalami masalah menguruskan pendapatan. Hal ini mungkin timbul
kerana anda tidak menguruskan pendapatan dengan bijak. Tetapi ada cara-cara
yang baik untuk menguruskan wang anda.
Sediakan Belanjawan Bulanan
Rancangkan belanjawan bulanan anda. Mulakan dengan membuat
senarai perbelanjaan bulanan kepada dua bahagian. Bahagian pertama untuk
keperluan asas seperti makanan, kos bekerja, bil elektrik, pinjaman rumah,
pinjaman kereta dan sebagainya. Bahagian kedua untuk perbelanjaan lain seperti
membeli-belah, melancong dan berhibur dengan rakan-rakan anda.
Bayar hutang dengan segera
Perkara pertama yang harus dilakukan sebaik sahaja mendapat
gaji adalah membayar hutang. Ini termasuklah bil elektrik, telefon, pinjaman
dan sebagainya. Hal ini amat penting supaya kos keperluan harian anda tidak
terganggu. Dengan menyelesaikan semua perkara ini terlebih dahulu anda sudah
tentu akan lebih tenang berbelanja.
Peruntukan untuk Simpanan
Jika selama ini anda biasa menyimpan baki selepas
berbelanja, sekarang cuba peruntukkan simpanan sebelum anda berbelanja. Ini
penting untuk mengelakkan anda daripada berbelanja sesuka hati.
Buat Senarai Kewangan Harian
Simpan resit setiap kali berbelanja. Catatkan semua
perbelanjaan anda setiap hari. Cara ini juga bagus untuk menjejaki
perbelanjaan, supaya anda dapat menganalisa barang-barang yang anda tidak perlu
beli di bulan yang akan datang.
Miliki Dua atau Lebih Akaun Bank
Buat dua akaun bank yang berbeza. Gunakan satu akaun untuk
keperluan harian seperti, kemasukan gaji, membayar bil dan membeli-belah. Bagi
akaun kedua, gunakan khusus untuk menabung. Tetapkan jumlah minimum berapa peratus
yang harus anda simpan dari gaji bulanan anda. Anda harus melakukannya sebagai
satu kewajiban setiap bulan.
Gunakan Kad Kredit dengan Bijak
Kad Kredit juga membantu dalam menguruskan perbelanjaan jika
anda bijak menggunakannya. Contohnya, gunakan promosi yang ditawarkan untuk
membeli barang-barang yang anda perlukan, atau anda boleh menggunakannya untuk
membayar bil. Jangan lupa untuk membayar hutang-hutang anda apabila menerima
bil kad kredit.
Melabur
Setelah membahagikan wang simpanan dan perbelanjaan harian,
anda mungkin masih ada lebihan gaji. Ada baiknya jika anda menggunakan lebihan
gaji tersebut untuk membuat pelaburan dalam bentuk insuran, Dana Bersama,
membeli emas atau pun perhiasan yang bernilai. Melabur berbeza daripada
simpanan biasa di mana anda masih boleh melakukan pengeluaran wang bila-bila
masa. Apabila melabur, wang anda disimpan dalam bentuk lain dan tidak dapat
dikeluarkan sesuka hati. Cara ini membuatkan wang anda tidak terganggu, tetapi
dapat mendatangkan keuntungan di masa hadapan.
Buat Perbandingan
Bandingkan perbelanjaan dengan belanjawan. Anda harus
melalui langkah ini untuk mengetahui samada perbelanjaan anda sesuai dengan
belanjawan yang dibuat, atau melebihi. Jika perbelanjaan terlebih maka anda
perlu mengubah belanjawan. Bandingkan dengan catatan perbelanjaan harian anda
untuk mengenalpasti keperluan yang memerlukan peruntukan yang besar.
credit: usahawan.com
anda mungkin meminati
- 10 SIFAT-SIFAT ISTERI YANG MENJADI PENAMBAH REZEKI SUAMI
- INGINKAN ANAK YANG PANDAI MENGURUS KEWANGAN? AJARI MEREKA DENGAN 10 TIPS MUDAH BISA MENABUNG DARI KECIL
- Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
loading...
0 Response to "Tips Bijak Menguruskan Gaji Bulanan yang Terhad agar hujung bulan tidak 'Pokai'"
Post a Comment