gambar hiasan |
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya
berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).
Maksud Surah Yusuf Ayat 4; "(Ingatlah peristiwa) ketika
Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk
memberi hormat kepadaku“.
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat
dalam surah Thaahaa ayat 39. Maksudnya: "Dan Aku telah tanamkan dari
kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela
dan dipelihara Dengan pengawasanKu".
Caranya:
- Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
- Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Peringatan! Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut.
Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan
teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39.
Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi
Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya
menyayanginya lebih lagi.
Wallahualam..kita hanya berikhtiar
loading...
0 Response to "Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf"
Post a Comment