Perkara Yang Mendorong Keimanan Bertambah. Kaedah Mujarab!!






Dalam kegelapan pasti kita mencari-cari cahaya. ketika itu, yang mana membantu kita melihat- mata atau cahaya? Bagaimana dengan mereka yang tiada penglihatan? Apa pula yang dikatakan mata hati? 

Andai ditanya dalam benak fikiran kita seribu satu soalan sekalipun, tanpa keizinannya belum tentu kita mampu merungkaikan semuanya. 

Sebagai manusia biasa, sering kali kita alpa apabila menilai diri dengan agama hanya soal ritual ibadah semata-mata. Lantaran itu kita memisahkan ibadah dan amalan seharian. 

Sedangkan setiap inci perlakuan dan lintasan hati kita sekalipun juga tidak terlepas daripada pandangan Allah. Dan semuanya itu menjadi penilaian-Nya ke atas kita di akhirat kelak.

Andai tidak wujud orang yang cacat penglihatan, barangkali kita Cuma percaya melihat itu hanya melalui mata sahaja. Padahal tanpa mata mereka juga ‘celik’ meneruskan kehidupan dengan bahagia. Bahkan lebih baik dan sempurna daripada yang celik. Itulah mata hati!

Biarpun begitu, hakikanya semua ini terkandung dalan nama-Nya yang mulia; Al-basir- maha melihat. Sesungguhnya nama Allah al-basir ini mengajar kita beberapa perkara:

1.       1. Ihsan

Sebagaimana hadis Jibrail menyebut, ihsan ini seolah-olah kita ‘melihat’ Allah. Jika tidak dapat ‘melihat’sekalipun, kita dapat merasakan Allah melihat kita. Adanya ihsan ini hidup ini lebih terpandu.

2.     2.   Tidak pernah lena

Tatkala kita melelapkan mata, ada ‘pandangan’ yang tidak pernah lena. ‘Pandangan’ bukan sekadar melihat, bahkan menjaga setiap nadi, dan denyutan nafas kita.. memastikan agar kita selamat berada dalam jagaan-Nya.

Namun harus diingat, pandangan ini yang sentiasa merakamkan setiap amal perbuatan kita di dunia tanpa terkecuali. Oleh itu, apakah masih ingin melakukan kemaksiatan?

3.       3. Tadabbur diri  

Andai dihitung berat amalan kita dengan nikmat penglihatan yang Allah kurniakan, nescaya tidak mampu kita menandingi nilai nikmat kurniaan Allah itu. Justeru, ambil kesempatan dengan banyakkan bertadabbur dengan bermuhasabah diri. Manfaatkan nikmat terbesar kurniaan Allah ini, agar hati kita lebih tenang dan lapang menerima petunjuk dari Allah.

Jika selama ini kita mengambil kira pandangan orang terhadap setiap perlakuan kita, ingatlah ada pandangan yang lebih utama perlu kita perhatikan. Pandangan yang tidak pernah lena. Dialah Allah al-basir!!

(Sumber: Gen-Q)








loading...

0 Response to "Perkara Yang Mendorong Keimanan Bertambah. Kaedah Mujarab!!"

Post a Comment